DULU, sebelum teknologi berkembang pesat, surat khabar menjadi taruhan utama.

Kepada yang gemar membaca, ke mana sahaja pergi, bahan bacaan itu akan dibawa termasuklah di tandas pun.

Sambil melepaskan ‘hajat’, mereka akan membaca. Katanya, perilaku tak membuang masa.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya pada zaman sekarang.

Ramai di antara kita membawa telefon bimbit atau gajet. Ironinya, mereka akan duduk berjam-jam di sana.

Bukan sahaja belek TikTok, Instagram atau Facebook, ada yang sempat main game sampai empat, lima round.

tandas
SUMBER Miriam Alonso daripada PEXELS.

Namun, tahukah anda bahawa membawa peranti ke tandas boleh membawa kemudaratan dan mengundang risiko penyakit?

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), tabiat membawa telefon bimbit ke tandas adalah sangat tidak digalakkan kerana ia tidak ‘hygiene’.

“Selepas menggunakan tandas kita akan membasuh tangan dengan sabun, tetapi kita tidak akan membasuh telefon bimbit.

“Oleh itu, kuman dari tandas akan dibawa ke tempat lain termasuk meja makan dan bilik tidur,” ujar PHM sambil berkata, alatan itu juga berisiko untuk terjatuh dan rosak, selain bunyi gajet tersebut boleh mengganggu privasi pengguna lain.

PHM menambah, duduk terlalu terlalu lama di tandas juga boleh menyebabkan risiko buasir.

Baca juga: Tandas cangkung atau tandas duduk yang lebih efektif? Ikuti penjelasannya dari sudut perubatan

 

tandas
SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Buasir adalah bengkak dan radang pada saluran darah di sekeliling lubang dubur atau di bahagian bawah saluran dubur (rektum), menurut Hello Doktor.

Ia mungkin terjadi di dalam rektum atau di sekeliling lubang dubur (anus).

“Buasir biasanya berlaku apabila pesakit selalu meneran atau memaksa semasa pembuangan air besar.

“Ia boleh berlaku apabila seseorang duduk dalam tempoh masa yang panjang dan mempunyai masalah sembelit atau cirit-birit kronik,” ujarnya.

Iklan

Baca juga:Makan pedas berapi ketika berbuka atau sahur memang best, tapi ada bahayanya yang ramai tak tahu. Ini penjelasan doktor

Baca juga: Buasir boleh serang bayi, semua orang. Waspada!

Selain itu, mereka yang obesiti, hamil atau mengambil diet rendah fiber juga berisiko mengalami penyakit tersebut.

Tandas
SUMBER Tim Mossholder daripada PEXELS.

Kata Hello Doktor, buasir bukanlah penyakit yang serius dan berjangkit.

Kebiasaannya, ia akan pulih dengan sendirinya atau dirawat dengan mudah menggunakan beberapa ubat tertentu.

Dalam pada itu, PNM dalam entri sama turut mencadangkan masa yang sesuai untuk membuang air besar secara sihat adalah tidak melebihi 10 minit.

Iklan

“Selesaikan hajat dengan segera dan tidak perlu duduk terlalu lama,” tegasnya.

Tepat sekali saranan daripada PNM. Tiada manfaatnya duduk berlama-lama di tempat kotor dan rumah kepada kuman bahaya, kan…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!