Jangan keliru fungsi 4 jenis tepung beras. Silap guna masakan tak menjadi, ini panduannya

Jangan keliru fungsi 4 jenis tepung beras. Silap guna masakan tak menjadi, ini panduannya

TEPUNG beras salah satu bahan utama dalam masakan Asia.

Banyak digunakan untuk menghasilkan kuih muih dan bahan sajian goreng, tepung beras juga digunakan sebagai ejen pemekat dalam resipi yang disejukkan atau dibekukan kerana ia menghalang pemisahan cecair.

Kepada mereka yang alah kepada gluten, tepung beras adalah alternatif yang baik.

Baca juga: Petua telur rebus mudah dikupas tambah dua bahan ini, baru elok licin berkilat

Iklan
Iklan

Antara hidangan yang menggunakan tepung beras ialah apam nasi, bingka tepung beras, laksam, kuetiau dan banyak lagi.

Pendek kata, tepung beras adalah bahan yang perlu ada dalam simpanan di dapur.

Nampak sama namun awas! Jangan silap menggunakan tepung beras jika mahu kuih-muih dan masakan menjadi.

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Rupanya ada empat jenis tepung beras yang anda perlu tahu kegunaan dan perbezaannya.

Semuanya boleh diketahui dengan sekali imbas melihat logo pada bungkusan.

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Tepung beras jenis ini sangat sesuai untuk adunan salutan menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah.
Ia sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

2.TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

Tepung beras jenama ini pula sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi.

Hasilnya kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

Tepung beras cap Gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mi laksa dan pelbagai jenis mi kerana tepung beras jenis ini lebih kental.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Tepung beras Cap Teratai pula sesuai untuk membuat rempeyek dan apam.

Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya kurang.

Manakala rempeyek dan tumpi daripada Tepung beras cap Teratai sangat rangup dan rapuh.

Harap anda tidak keliru lagi ketika membeli tepung beras. Moga kuih muih yang dimasak menjadi dan tidak berlaku pembaziran.

Baca juga: Mudahnya cuci karpet, jadi macam baru ikut petua bibik, guna mop & 3 bahan ini

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ruhana Zalina

Kredit foto utama: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

1 hour ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

2 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

2 hours ago

‘Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana…’ Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan…

5 hours ago

Dunia lagak ngeri pembuka rezeki Trisha Ooi, pegang amanat arwah ayah & azam mahu terbang lebih jauh

SUDAH menjadi trend industri seni tanah air, rezeki populariti artis baharu mudah mencanak naik apabila…

8 hours ago

‘Makcik terima takdir, dia ‘pergi’ dalam keadaan baik semasa bertugas.’ Ibu Sarjan Faridah akui arwah minat tentera

BERITA Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan semalam mengejutkan banyak pihak. Pun…

8 hours ago