IBU bapa mana yang tidak panik jika melihat si kecil yang sedang demam panas secara tiba-tiba mengalami kekejangan.

Bukan itu sahaja, mata jadi terbeliak dan lebih teruk, tidak sedarkan diri.

Penjaga yang tiada pengalaman pasti akan berasa cemas berdepan situasi tersebut.

Mengapa si comel kesayangan boleh terkena sawan?

Untuk mengulas tentang keadaan tersebut, SinarPlus merujuk penulisan laman perubatan Mayo Clinic.

SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

Kata Mayo Clinic, sawan demam merujuk kepada kekejangan yang berlaku ke atas kanak-kanak disebabkan demam.

Situasi tersebut dialami si manja apabila mereka mengalami suhu badan yang tinggi akibat jangkitan kuman.

“Demam sawan boleh terjadi kepada budak yang sihat, mempunyai perkembangan normal dan tiada sebarang gejala neurologi.

“Ia tidak mendatangkan bahaya, hanya berlangsung beberapa minit dan bukan menunjukkan masalah kesihatan yang serius,” katanya.

Sementara itu, MedTweetMY berkata, 2 hingga 5 peratus kanak-kanak boleh mengalami sawan dan merupakan situasi yang agak lazim berlaku.

“Ia biasanya berlaku ke atas kanak-kanak berumur enam bulan hingga enam tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih,” katanya melalui satu ciapan di Twitter.

 

Berikut adalah tanda dan gejala demam sawan yang dikongsikan MedTweetMY. Antaranya:

1. Mata terbeliak ke atas.
2. Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan dan air liur di dalam mulut.
3. Tidak sedarkan diri atau tidak menunjukkan tindak balas apabila dipanggil.
4. Biasanya (sawan) berhenti dengan sendiri selepas dua hingga tiga minit atau kurang dan jarang melebihi 10 minit. Bawa segera ke klinik berdekatan jika melebihi lima minit.
5. Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak (boleh berlaku pada satu atau kedua-dua anggota tangan dan kaki).
6. Suhu badan tinggi melebihi 38.5 darjah Celsius. Berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.

Baca juga: Wanita hamil jangan pandang remeh tekanan darah tinggi, risiko sawan, pendarahan otak & tumbesaran baby terbantut

Baca juga: 5 minit yang mendebarkan, kena simpan ilmu bagaimana kawal sawan. Ini panduan pakar

DEMAM
SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

Laman sosial perubatan itu turut memberitahu, ibu bapa perlu memahami bahawa demam sawan boleh berulang.

Iklan

Antara faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko keadaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Usia kurang 15 bulan semasa serangan sawan pertama.
2. Berlaku sebaik sahaja demam atau ketika suhu badan normal.
3. Sejarah kesihatan keluarga terdekat (ibu bapa dan adik-beradik) mendapat demam sawan.
4. Sejarah kesihatan keluarga terdekat mendapat penyakit epilepsi (sawan babi).

DEMAM
SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

Tambahnya lagi, bantuan rawatan kecemasan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang sedang mengalami kekejangan secara tiba-tiba.

Berikut adalah langkah awal yang dikongsikan MedTweetMY dan boleh dilakukan semasa anak sedang sawan. Antaranya:

1. Sentiasa tenang dan jangan panik.
2. Perhatikan anak semasa sawan seperti turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota serta tempoh masa sawan.
3. Elakkan kecederaan anak. Jangan alihkan (kecuali di tempat bahaya) dan jauhkan dari benda berbahaya.
4. Pusingkan anak ke kedudukan mengiring untuk mengelakkan tercekik air liur atau muntah.
5. Elakkan mengerumuni anak.
6. Elakkan meletak barang pada mulut ketika sawan, contohnya sudu.

Baca juga: Jangan biar bayi, kanak-kanak ketika diserang sawan. Rawatlah segera!

Iklan

Bagi mak ayah yang berdepan situasi anak tiba-tiba sawan, SinarPlus ingatkan agar bertenang terlebih dahulu dan ambil langkah sewajarnya.

Seeloknya segera bawa si manja dapatkan konsultasi doktor bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!