BENDA atau hadiah percuma sesiapa pun mesti mahu kan? Kadangkala masih ada ibu bapa yang mempersoalkan mengapa tidak boleh diterima sedangkan itu hanyalah sampel percuma.

Korang kena tahu bahawa dengan menerima sampel susu formula berkenaan, ia boleh menjejas dan mengugat amalan penyusuan susu ibu.

Apa kaitannya pula?

Merujuk Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, pemberian susu formula bayi secara percuma daripada pihak syarikat atau melalui profesional kesihatan merupakan salah satu cara pemasaran yang sering dilakukan oleh pihak syarikat susu formula untuk memperkenalkan produk mereka.

“Sekiranya bayi diberi pengenalan kepada susu formula melalui sampel yang diterima, ia akan menganggu deria rasa bayi dan menyebabkan bayi lebih memilih susu formula yang lazimnya mempunyai rasa yang lebih manis dan berlemak berbanding susu ibu.

“Oleh itu, bayi yang diberi susu formula terdedah kepada risiko penyakit pada jangka masa panjang seperti obesiti, kencing manis dan hipertensi,” tulisnya.

Jadi, korang kena peka dengan amalan penyusuan susu ibu akan terganggu kerana bayi akan cenderung memilih susu formula yang telah diperkenalkan dengan rasa lemak-lemak manis dan diberikan melalui botol susu yang kurang memerlukan tenaga penghisapan.

Perkara itu akan menyebabkan penghasilan susu ibu terganggu kerana kurang mendapat rangsangan hormon yang tercetus daripada hisapan bayi.

Ibu bapa sekalian, sekiranya bayi diperkenalkan dengan susu formula, keputusan untuk menghentikannya dan kembali kepada penyusuan susu ibu adalah sukar.

Oleh itu, elakkan daripada menerima sampel susu formula bayi dan teruskan amalan penyusuan susu ibu.

Iklan

Dalam masa yang sama, Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu sejak tahun 1979 telah diperkenalkan.

Di bawah tata etika tersebut, pihak syarikat susu formula bayi dan profesional serta anggota kesihatan melibatkan orang awam dan swasta sama sekali tidak dibenarkan untuk memberikan sampel susu formula bayi kepada orang awam.

Iklan

“Pihak syarikat susu formula bayi dan profesional serta anggota kesihatan boleh dikenakan tindakan penalti sekiranya melanggar etika berkenaan,” tulisnya lagi.

Jadi, mohon jasa baik semua, sekiranya diberikan sampel susu formula bayi secara percuma daripada mana-mana sumber, laporkan kepada Bahagian Pemakanan melalui emel tataetika.disiplin@gmail.com atau talian 03-88924476 dengan segera.

Sumber: @nutritionistkkm