Jenama kecantikan terkenal dari Brazil, Sol de Janeiro kini eksklusif di Sephora berdekatan anda

JENAMA penjagaan badan, wangian dan rambut terkenal dari Brazil, Sol de Janeiro kini boleh didapati secara eksklusif di butik Sephora di negara ini.

Pengasasnya, Heela Yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam industri kosmetik seperti Lancome (L’Oréal) dan Clinique (Estée Lauder Companies) merupakan individu penting di sebalik jenama yang diasaskan pada tahun 2015.

Pada awalnya, usahawan itu hanya menghasilkan tiga produk. Antaranya seperti Bum Bum Cream.

Sejajar dengan perkembangan label tersebut, Sol de Janeiro memperluaskan empayarnya dengan menghasilkan lebih banyak inovasi.

Antaranya para wanita boleh mendapatkan Bom Dia Bright Collection iaitu scrub dan krim badan yang diperbuat daripada ramuan mujarab seperti vitamin C dan asid salicylic.

Lengkapkan penampilan diri dengan memakai Cheirosa 40 Perfume Mist.

Selain itu, Beija Flor Elasti yang berupa krim kolagen yang terbukti secara klinikal dapat membantu menjadikan kulit kelihatan lebih gebu dan mulus.

Iklan

Kepada yang masih tercari-cari produk penjagaan rambut, Sol De Janeiro Hair Care barangkali memenuhi kehendak anda semua.

Terdapat beberapa item lain yang menarik dan kesemuanya boleh didapati di butik Sephora berhampiran anda.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!