Jimat dari makan di gerai, siakap kicap pedas ala Thai ringkas dan mudah

Siakap kicap pedas ala Thai ringkas, pemikat selera keluarga
Siakap kicap pedas ala Thai ringkas, pemikat selera keluarga
A
A
A

MASAKAN campuran kicap biasanya juadah mudah dan sedap yang akan digemari seisi keluarga.

Bagi setengah orang yang memasak setiap hari, pagi dan petang, resipi mudah macam siakap kicap pedas ala Thai ini sudah tidak perlu nak fikir- fikir lagi.

Bila sebut sahaja menu ikan siakap pasti ramai yang terbayangkan isinya yang lembut dan sedap.

Biasanya, siakap dimasak stim, tiga rasa, kari, kengsom dan sebagainya, apa kata kali ini cuba buat cara paling ringkas ini.

Jika ahli keluarga atau diri sendiri tiada selera maklumlah kita masih di bulan Syawal ini kan, cubalah masak menu ini. Memang berselera.

Kena makan panas-panas tau, baru ngam. Ikan masih garing dan sayurannya masih rangup. Ha sedap molek gitu!

Hidang bersama nasi putih dan ulam-ulaman serta sedikit sambal belacan terangkat habis.

Masak sendiri boleh nikmati satu keluarga, jimat tak perlu lagi bayar mahal-mahal makan di gerai.

Bahan-bahannya;

1 ekor ikan siakap lumur garam dan kunyit dan tepung jagung.

Bahan kuah;

  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 8 biji cili api diketuk
  • 5 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu sos tiram
  • Lobak merah dan tomato dipotong
  • Lada besar dipotong
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 inci halia dimayang
  • 1 biji bawang besar dipotong
  • 1 cawan air
  • 2 sudu cuka

Cuba juga Sedapnya bunga kantan goreng ringkas, sihat dengan 10 khasiat

Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

Cuba juga Resipi terung masak minang yang ringkas dan tak payah pening-pening. Gerenti sedap!

Cara-caranya;

1. Goreng ikan siakap sehingga garing.

2. Tumis bawang putih, halia, serai, cili dan bawang kisar.

3. Masukkan kicap dan sos tiram, kemudian masukkan air.

4. Akhir sekali masukkan lobak merah, tomato, bawang dan lada besar.

5. Curah kuah kicap atas ikan siakap. Boleh letak hiasan ikut suka seperti daun sup, lemon dan sebagainya bagi nampak cantik menawan.

Siap untuk dihidangkan. Semoga bermanfaat.

Sumber: Liza Idris

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca