SELEPAS dah masak ayam goreng, gulai lemak dan telur goreng, kini tiba giliran untuk masak sayur pula.

Apa kata pada kali ini, jadikan menu sayur anda lebih istimewa dengan memasak resipi terung masak minang.

Nama menu itu sahaja sudah membuatkan kita terliur. Justeru, SinarPlus akan kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan sajian itu berdasarkan perkongsian daripada laman Facebook Dapur Kita.

Baca juga Nutella Button Cookies, resipi yang sedang viral dan dicari ramai. Jom cuba

BAHAN-BAHAN
4 biji terung
5 batang lada merah
5 batang lada hijau
3 helai daun limau perut
2 biji bawang besar
Serbuk kunyit
Bahan perasa

Cara penyediaan:

1. Potong terung kepada dua bahagian.
2. Panaskan kuali dan goreng terung sehingga garing. Toskan minyak.
3. Kisar kasar cili merah, cili hijau dan bawang besar tadi.
4. Tumis bahan yang telah dikisar. Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan bahan perasa secukupnya. Kacau sehingga naik minyak.
5. Letakkan terung tadi ke dalam pinggan. Setelah tumisan masak, tuangkan ke atas terung tadi.
6. Siap untuk dihidang.

Macam mana dengan idea masakan yang dikongsikan? Ringkas dan senang sahaja! Tak perlu susah-susah, bahan-bahan pun mudah didapati.

Iklan

Satu lagi, kalau tak mahu terlalu pedas, anda tak perlu letak cili terlalu banyak.

Namun, kepada yang ‘kaki pedas’, boleh tambah cili padi sebanyak yang anda mahu. Ikut kepada cita rasa masing-masing.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resipi terung masak minang pada rakan-rakan ya!

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI