Jom beli-belah di Shopee Mum‘s Club, Skechers Mid Valley

A
A
A

KHAS untuk ibu bapa, Shopee Mum‘s Club kini boleh dijadikan platform terbaik dan panduan untuk mencari produk yang tulen untuk bayi dan kanak-kanak tanpa berbelanja secara berlebihan.

Shopee dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik.

Antara keistimewaan yang diperoleh ahli Shopee Mum‘s Club adalah menerusi Peraduan Belanja dan Menang.

“Bermula pada 17 Jun lalu hingga 1 Julai depan, setiap ahli berpeluang memenangi hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price,“ kata kenyataan itu.

glosari

Selain itu, dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah wabak Covid-19, Shopee Mum‘s Club menganjurkan siri perkongsian dalam talian yang boleh ditonton dari rumah oleh ibu bapa baharu.

Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, beberapa pakar diundang membincangkan pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil termasuk teknik menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

Untuk maklumat, sila layari https://shopee.com.my/m/mums-club.

 

Skechers perluas butik di Lembah Klang

SKECHERS Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan sebuah butik baharu jenama itu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 12 Jun lalu.

Bukan itu sahaja, Skechers juga dijadualkan membuka dua lagi butik gaya hidup di Tropicana Gardens Mall dan di Gateway@KLIA2.

Dalam satu kenyataan media, Skechers Malaysia berkata, butik di Mid Valley antara lain menyediakan produk keluaran Mark Nason x Skechers, Skechers USA, Skechers Sports, Skechers Modern Comfort, Skechers Street dan banyak lagi.

Pengurus Besarnya, Cheng Cheh Huar berkata, meskipun berlaku ledakan permintaan beli-belah dalam talian, pihaknya percaya pembukaan butik baharu akan memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat dan memegang kasut kegemaran mereka sebelum membelinya.

“Kita akan terus membawakan lebih koleksi. Kami juga yakin jenama ini akan terus berkembang,“ katanya.

 

Penulis: MAZLINA ABDUL MAJID

Foto: www.midvalley.com.my dan shopee.com.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca