SEPANJANG perintah kawalan pergerakkan (PKP) ini macam-macam resipi ingin diolah. Antaranya Sinar Plus ingin kongsikan satu resipi olahan mi menjadi piza tanpa menggunakan oven. Ini resipinya.

Bahan-bahan:

225g mi kuning (dicelur 5 minit dengan air panas)
1 keping daging buger (siap digoreng)
2 sudu makan tomato puree
3 sudu makan mayonis*
1/2 labu bawang Holland (dihiris nipis)*
2 biji telur
30ml susu segar
1/2 lada hitam*
1/2 oregano*
Keju Mozzarella secukupnya
Sedikit butter

Cara-cara:

1.Sediakan kesemua bahan.
2.Celukan mi dan potong sedikit agar tidak terlalu panjang.
3.Kemudian, gaulkan telur, susu dan mi sehingga sekata.
4.Panaskan non-stick kuali dengan sedikit butter.
5.Masukkan mi. Tekan-tekan dan padatkan ia. Kemudian tutup kuali selama 3 minit dan pastikan api kecil.
6.Selepas itu, buka penutup kuali dan sapukan tomato pure di permukaan mi serta letakkan 4 keping daging burger dan taburkan oregano.
7.Gaul rata bawang Holland, mayonis dan lada hitam. Kemudian letakkan ia di atas lapisan daging buger tadi.
8.Taburkan keju Mozarella dan tambahkan sedikit lagi oregano.
9.Tutup kuali dan tunggu sehingga keju cair sekata dan masak sempurna selama 10 minit.

Iklan

Piza mi tanpa oven siap! Boleh dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: cookpad