JANGAN sangka kita masih muda dan bertenaga, kesihatan tidak perlu dijaga ya… Pada masa inilah kesihatan badan kita perlu dilindungi sebaiknya. Yalah…bukankah  badan nak guna lama?

Namun demikian, terima hakikat bahawa tubuh kita juga terdedah dengan risiko gangguan kesihatan biarpun usia masih ‘hijau’. Barangkali pelbagai faktor semasa kini yang menyebabkan perkara itu berlaku, antaranya faktor pemakanan dan gaya hidup

Perkongsian kajian Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (Sun Life Malaysia), penyedia insurans hayat dan Takaful Keluarga baru-baru ini agak menggusarkan.

Berkongsi hasil penemuan inisiatif saringan glukosanya di seluruh negara melalui Program Saringan Brighter Health, mereka mendapati kajian menunjukkan bahawa 74.3 peratus daripada 12,949 rakyat Malaysia yang disaring mempunyai bacaan glukosa darah lebih tinggi daripada biasa.

Program itu juga turut menunjukkan trend penyakit kencing manis yang semakin meningkat bukan sahaja dalam kalangan warga tua, tetapi juga antara populasi muda!

Secara khususnya, lebih 80 peratus daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas dan 60 peratus yang berumur antara 18 hingga 30 tahun menunjukkan bacaan glukosa darah yang lebih tinggi daripada biasa.

Mengulas mengenai penemuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara bagi Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, matlamat program itu adalah untuk mengenal pasti lebih banyak kes diabetes yang tidak didiagnos.

“Usaha ini juga bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencegahannya (diabetes). Ia adalah sejajar dengan matlamat perniagaan kami untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Ujian glukosa darah secara percuma dijalani melalui 127 cawangan farmasi komuniti dan juga acara Brighter Lives Roadshows yang membolehkan kami menjangkau lebih ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Melalui Program ini, kami telah menjangkau 12,949 rakyat Malaysia di seluruh negara, jauh melebihi sasaran awal kami iaitu 10,000 orang,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Dalam pada itu, kongsi Raymond Lew, dalam pada negara kita sedang mengalami pandemik global inilah, kesempatan perlu diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran yang tinggi serta pengambilan langkah pencegahan segera bagi memerangi pelbagai isu-isu kesihatan.

“Penemuan kajian kami ini sangat membimbangkan kerana bacaan glukosa lebih tinggi daripada biasa meningkat bagi setiap kumpulan umur, seiring dengan penambahan usia.

“Justeru itu, kesedaran dan pencegahan diabetes dari tahap awal lagi adalah amat penting. Kami juga ingin mengetengahkan kepentingan untuk lebih proaktif dalam memerangi penyakit bahaya ini dalam kalangan masyarakat, sektor awam dan syarikat korporat,” kata Raymond.

Ramai tak sedar ada diabetes

Iklan

Difahamkan, program saringan itu telah dijalankan selama 4 bulan (September – Disember 2019) dengan kerjasama bersama penyedia kesihatan serta farmasi komuniti iaitu Walnut Wellness, Roche Diagnostics, AM PM Pharmacy, Tigas Alliance dan Health Lane Family Pharmacy.

Program ini juga telah memperluas jangkauannya melalui pelbagai kempen di platform digital Sun Life Malaysia dan sokongan daripada Duta Sun Life Malaysia dan bintang filem terkenal, Hairul Azreen.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Walnut Wellness, Khor Xin Yun berkata, “Kami di Walnut Wellness komited untuk meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia secara menyeluruh terutamanya penyakit diabetes.

“Seorang daripada 2 orang daripada 463 juta orang dewasa yang menghidap diabetes di seluruh dunia tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes.

Iklan

“Oleh itu, kempen seperti Program Saringan Brighter Health sangat penting untuk melindungi kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang. Kami gembira melihat lebih ramai rakyat Malaysia menitikberatkan kesihatan mereka serta melihat sambutan yang mengalakkan untuk program ini,” kata Xin Yun.

Penemuan lanjut daripada Program Saringan Brighter Health serta tip dan cadangan untuk mengurangkan peningkatan penyakit diabetes serta maklumat infografik boleh didapati di lampiran di bawah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Saringan Brighter Health Sun Life Malaysia, layari https://www.sunlifemalaysia.com/brighter-Lives/brighter-Health-screening-Programme/

Boleh juga layari platform media sosial Sun Life Malaysia, Facebook di www.Facebook.com/sunlifemalaysia dan Instagram di www.instagram.com/sunlifemalaysia_my untuk maklumat terkini. -AG #rantaiankasih