‘Kaki pulau’ dah boleh pergi Semporna, ada pakej bajet khas untuk pelancong tempatan!

BERITA baik bagi korang yang ‘kaki pulau’! Semporna yang terkenal dengan khazanah marin serta pulau peranginan antarabangsa menawarkan pelbagai pakej percutian bajet dan menarik untuk pelancong dalam negara berkunjung ke daerah berkenaan.

Kebanyakan pengusaha resort d Semporna kini menyediakan tawaran yang sukar ditolak khususnya buat penyelam dan pencinta hidupan marin bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan setelah ditutup beberapa bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Memetik satu laporan yang diterbitkan oleh media tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Divers & Sea Sport (Sabah) Sdn Bhd, Datuk Admund Looh berkata, pada masa ini, pihaknya menawarkan promosi pakej dengan diskaun sehingga 50 peratus daripada harga biasa untuk penyelam dan bukan penyelam dengan minimum tempahan untuk enam orang.

Iklan
Iklan

“Pakej percutian tiga hari dua malam di Borneo Divers Mabul Resort ini meliputi tempat tinggal, makan dan minum, pengangkutan serta aktiviti menyelam di Mabul atau Kapalai,” katanya.

Looh berharap tawaran pakej pelancongan itu dapat menarik lebih ramai pelancong domestik mengambil peluang bercuti ke Semporna sekali gus menyahut saranan kerajaan agar rakyat Malaysia melancong di dalam negara melalui kempen ‘Travel Domestic’.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Korporat, Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn Bhd, Ronney Cyrol Lo berkata pihaknya turut menawarkan pakej istimewa dengan menyasarkan pelancong tempatan datang bercuti ke daerah itu.

“Kami tidak pernah menyediakan pakej khas untuk pelancong dalam Sabah, tetapi kali ini kami menyediakan pakej dua hari, satu malam ke Sipadan-Kapalai Dive Resort dan tawaran ini dibuka sehingga 30 Sept ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Semporna Jamilah Ang berkata selain aktiviti skuba, pelancong juga boleh melakukan ‘snorkeling’ atau ‘island hoping’ ke Taman Marin Tun Sakaran yang meliputi Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan.

Kalau korang nak tahu, Mabul, Kapalai dan Sipadan merupakan pulau saling berdekatan dan menyajikan pemandangan indah hidupan marin buat pencinta alam bawah laut.

View dia memang sangat-sangat nice! Kalau korang tak percaya korang boleh buat carian di Google pasti korang sendiri tak percaya tempat seperti itu ada di Malaysia.

Sementara itu, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Semporna Hafizul Hafiz Ladja Hassan berkata, Semporna kini sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pascapandemik Covid-19.

“Keyakinan itu bersandarkan kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan selaras dengan arahan kerajaan,” katanya.

Jadi, tunggu apa lagi guys? Jom ke Semporna!ng yang ‘kaki pulau’! Semporna yang terkenal dengan khazanah marin serta pulau peranginan antarabangsa menawarkan pelbagai pakej percutian bajet.

Kebanyakan pengusaha resort di Semporna kini menyediakan tawaran yang sukar ditolak khususnya buat penyelam dan pencinta hidupan marin.

Ini bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan setelah ditutup beberapa bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik satu laporan yang diterbitkan oleh media tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Divers & Sea Sport (Sabah) Sdn Bhd, Datuk Admund Looh berkata, pada masa ini, pihaknya menawarkan promosi pakej dengan diskaun sehingga 50 peratus daripada harga biasa untuk penyelam dan bukan penyelam dengan minimum tempahan untuk enam orang.

“Pakej percutian tiga hari dua malam di Borneo Divers Mabul Resort ini meliputi tempat tinggal, makan dan minum, pengangkutan serta aktiviti menyelam di Mabul atau Kapalai,” katanya.

Looh berharap tawaran pakej pelancongan itu dapat menarik lebih ramai pelancong domestik mengambil peluang bercuti ke Semporna sekali gus menyahut saranan kerajaan agar rakyat Malaysia melancong di dalam negara melalui kempen ‘Travel Domestic’.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Korporat, Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn Bhd, Ronney Cyrol Lo berkata pihaknya turut menawarkan pakej istimewa dengan menyasarkan pelancong tempatan datang bercuti ke daerah itu.

“Kami tidak pernah menyediakan pakej khas untuk pelancong dalam Sabah, tetapi kali ini kami menyediakan pakej dua hari, satu malam ke Sipadan-Kapalai Dive Resort dan tawaran ini dibuka sehingga 30 Sept ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Semporna Jamilah Ang berkata selain aktiviti skuba, pelancong juga boleh melakukan ‘snorkeling’ atau ‘island hoping’ ke Taman Marin Tun Sakaran yang meliputi Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan.

Kalau korang nak tahu, Mabul, Kapalai dan Sipadan merupakan pulau saling berdekatan dan menyajikan pemandangan indah hidupan marin buat pencinta alam bawah laut.

View dia memang sangat-sangat nice! Kalau korang tak percaya korang boleh buat carian di Google, pasti korang sendiri tak percaya tempat seperti itu ada di Malaysia.

Sementara itu, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Semporna Hafizul Hafiz Ladja Hassan berkata, Semporna kini sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pascapandemik Covid-19.

“Keyakinan itu bersandarkan kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan selaras dengan arahan kerajaan,” katanya.

Jadi, tunggu apa lagi guys? Jom ke Semporna!

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 hour ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 hour ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

4 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

6 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

8 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

9 hours ago