Siri Reno4 Oppo kamera berkuasa tinggi, videografi mengagumkan

oppo
oppo
A
A
A

Oleh MAZLINA MAJID

OPPO baru-baru ini memperkenalkan siri Reno4 di Malaysia yang lebih berteknologi.

Berikut antara ciri-ciri baharu yang ditampilkan jenama telefon terkenal itu:

i. Kamera berkuasa tinggi

Ia tersedia dengan varian Standard dan Pro serta dikuasakan dengan sistem 48 megapiksel (MP) kuad kamera belakang dan 32MP kamera hadapan.

Untuk memberi pengguna pilihan yang lebih kreatif dalam mengekspresikan diri, siri ini dilengkapi fungsi Gambar Potret Warna AI dan Video Potret Warna AI.

ii. Ciri potret dan videografi mengagumkan

Kedua-dua Reno4 dan Reno4 Pro dikuasakan oleh sistem 48MP kuad kamera belakang dan 32MP kamera hadapan, menjadikannya lebih mudah untuk mengambil gambar potret yang menarik.

iii. Foto jelas pada waktu malam

Mod Swafoto Malam Ultra berkebolehan meningkatkan ‘kejernihan‘ wajah dan kecerahan dalam cahaya yang redup, ketika pengguna ingin mengambil gambar swafoto dalam gelap.

iv. Durasi pengecasan

Mampu menampung sehingga 10V/6.5A, 65W kadar pengecasan segera, bateri Reno4 Pro’s 4000mAh boleh dicas penuh dalam tempoh hanya 36 minit. Dengan mengecasnya selama lima minit sahaja, sudah cukup untuk memberikan Reno4 Pro tambahan empat jam bagi menonton video di YouTube.

v. Bersifat ringan

Berat Reno4 Pro cuma 161 gram dan ketebalan 7.7mm, namun apabila dipegang, pengguna akan merasakan sedang menggunakan peranti yang premium. Sementara, Reno4 cuma 165g dan senipis 7.7mm.

vi. AI Smart Sensor yang dipertingkatkan

Dilengkapi dengan AI Smart Sensor yang dipertingkatkan untuk berfungsi seperti Smart Spying Prevention, Smart AirControl, Smart Rotation dan Smart Always-on Display.

Dengan Smart AirControl misalnya, pengguna boleh menjawab telefon atau melayari aplikasi seperti Facebook, Instagram dan TikTok dengan hanya satu gerakan tangan (wave).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca