Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak sesuai diberi ubat batuk, selesema yang dibeli di farmasi
SUDAH banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital akibat pemberian ubat batuk dan selelsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
Itulah perkongsian daripada Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang.
The Us Food and Drug Administration (FDA) merekomendasikan kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (OTC).
Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun.
Malangnya, kebanyakan ubat-ubat itu mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor.
Artikel berkaitan: Alat solek bukan untuk kanak-kanak, ini antara impak buruknya
Berikut antara ubat batuk yang sering digunakan:
1. Cough expectorant (guafenesin)
2. Cough suppressant (dextromethorphan)
3. Decongestants(pseudoephedrine dan phenylephrine)
4. Antihistamine (chlorpheniramine)
“Anti histamine (1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak.
“Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak,” jelas Dr Ahmad Samhan.
Keadaan itu boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut.
Bukan itu sahaja, pemberian ubat itu juga akan menyebabkan risiko:
i) Sawan
ii) Jantung berdegup kencang
iii) Berhenti bernafas
iv) Kematian
“Oleh itu, waspada, ubat batuk dan selesema TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada kanak kanak berusia dua tahun ke bawah,” tegasnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang