Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak boleh guna gajet, tonton televisyen - Doktor

No Image Caption
A
A
A

TAHUKAH anda , kanak-kanak yang berumur dua tahun dan ke bawah tidak boleh menggunakan gajet dan tonton televisyen?

Ia diakui melalui perkongsian seorang doktor perubatan, Dr Nimelesh di platform Twitternya, @HausofHilton.

Tulisnya, ia boleh memberi kesan negatif pada perkembangan bahasa, kemahiran membaca dan ingatan memori jangka pendek.

“Untuk setiap 30 minit penggunaan, risiko untuk masalah lambat bercakap meningkat sebanyak 49 peratus.

“Jika anak kecil yang berumur 18 bulan dan ke atas nak tengok pun, kena pilih cerita yang educational macam Sesame Street dan ibu bapa tonton sekali sambil bercakap dengan anak,” pesannya.

Apa-apapun, jangan biar mereka menonton dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, , Dr Nimelesh turut berkongsi, kanak-kanak yang berumur dua hingga lima tahun pula, mereka tidak boleh menonton melebihi satu jam dan paling penting elak waktu malam.

Sebaliknya, rajinlah membaca dengan anak.

Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang mana mereka selalu dibacakan buku cerita seawal usia enam bulan dan sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.

Aktiviti membaca untuk bayi mempunyai manfaat jangka masa panjang yang dapat dilihat dalam tempoh empat tahun, iaitu sekitar tempoh apabila mereka mula bersekolah.

Anak-anak akan lebih cepat mengenal huruf, membaca dan ada yang mampu menulis seawal usia empat tahun tau!

“Paling penting jangan paksa habiskan satu buku, make it fun untuk mereka supaya mereka tak bosan,” tulisnya di akhir entri.

Moga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca