Kanak-kanak boleh jumpa KiKaKo Kids di Putrajaya Mei 2023! Ini ibu bapa perlu tahu

TIDAK lama lagi orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak berpeluang berjumpa KiKaKo Kids di Putrajaya!

Eh siapa KiKaKo Kids tu?

KiKaKo Kids sebenarnya merupakan maskot kepada taman tema baharu yang akan dibuka pada orang ramai bermula Mei ini.

Terletak di Taman Wetland Putrajaya, iaitu ‘wetland’ air tawar buatan manusia terbesar di kawasan tropika, Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah taman tema didik-hibur dalaman berteraskan teknologi di bawah kendalian KRU Studios.

KiKaKo Kids ini adalah watak-watak titisan air yang tinggal di awan adalah kandungan buatan Malaysia untuk kanak-kanak ciptaan KRU Music.

Ia terdiri daripada Kiki, Kaka dan Koko, KiKaKo Kids berhasrat untuk menanam kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta pemuliharaan hidupan liar sambil meraikan kepelbagaian budaya dari seluruh dunia sekali gus mendidik mereka menjadi warga global yang bertanggungjawab.

Baca juga Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

Namun sebagai permulaan, kandungan keluaran KiKaKo Kids adalah siri lagu kanak-kanak popular yang diterbitkan bersama Universal Music dan akan diperbanyakkan lagi dengan karya-karya asli di masa hadapan.

Kandungan KiKaKo Kids boleh ditontoni di saluran YouTube Kartun Studios (jenama di bawah KRU Music) di mana kini telah mencapai lebih 2.37 juta pengikut dari seluruh dunia, serta di kesemua platform penstriman digital yang lain.

Wetland Studios Putrajaya bakal menjadi pentas tetap KiKaKo Kids di mana mereka akan membuat persembahan pada setiap hujung minggu serta sepanjang musim cuti sekolah bermula pada bulan Mei 2023.

Iklan

Baca juga Cantik! Pantai Floria Putrajaya kini sudah dibuka, ini 8 foto keindahan

Tarikan di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti animatronik, replika, dan hiasan berkonsepkan alam semula jadi; teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR); dan juga kandungan digital yang menampilkan pelbagai watak animasi termasuk KiKaKo Kids.

Iklan

Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023, Wetland Studios Putrajaya menawarkan diskaun 20 peratus untuk pengunjung yang berdaftar awal dan boleh ditebus bermula dari 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023.

Boleh ikuti sosial media Wetland Studios Putrajaya untuk maklumat lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.