Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

A
A
A

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering kali tidak dikesan pada peringkat awal kerana simptomnya kurang jelas.

Berdasarkan laporan Malaysian Journal of Medicine and Health Science terbitan Universiti Putra Malaysia (UPM), kanser ovari menyerang lima peratus wanita Malaysia dengan kadar kejadian kasar 7.4 bagi setiap 100,000 populasi penduduk.

Ia masih dikira sebagai penyebab kematian dalam kategori kanser ginekologi lain seperti kanser serviks dan uterus.

SOALAN 1

Boleh Dr kongsikan tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang tersebut berkemungkinan menghidap kanser ovari? Kenapa ia dikatakan cukup misteri sebagai ancaman tersembunyi buat kaum wanita?

kanser ovari

JAWAPAN

Lazimnya, gejala awal yang sering dilaporkan oleh kebanyakan pesakit seperti hilang selera makan lebih 80 peratus atau mereka berasa kenyang dengan cepat.

Selain itu, kembung perut atau pembengkakan pada abdomen yang mungkin berterusan (tiada kaitan dengan haid atau perubahan diet), perubahan dalam tabiat buang air besar dan kecil seperti sembelit atau kerap kencing juga berkemungkinan antara petanda awal.

DR SHAHZARUL FAZRIL LIN DR SHAHZARUL FAZRIL LIN

Terdapat juga laporan yang diterima yang mana pesakit turut mengalami ketidakselesaan atau kekejangan dan penurunan berat badan mendadak yang tidak dapat diperjelaskan.

Pesakit juga boleh berdepan masalah seperti gangguan kesihatan lain seperti isu pencernaan atau pendarahan haid luar biasa.

 

Pada peringkat awal, gejala kanser ovari sering kali samar dan tidak spesifik. Ini bermakna gejala yang diterangkan di atas boleh dikaitkan dengan gangguan kesihatan lain kerana mempunyai ciri-ciri lebih kurang sama.

Pembunuh senyap

Kanser ovari dipanggil pembunuh senyap kerana kebanyakan pesakit tidak mengalami gejala tertentu pada peringkat awal.

Bahkan, pemeriksaan ginekologi rutin seperti pemeriksaan pap smear juga tidak dapat mengesan kanser ovari, selain terdapat kekurangan ujian saringan yang efektif.

kanser ovari

Malangnya, ia hanya dapat dikesan melalui diagnosis lanjut selepas sel kanser sudah merebak ke organ lain pada masa singkat. Selain itu, keberangkalian kanser tersebut menyerang lebih tinggi dalam kalangan wanita yang berusia 50 tahun ke atas.

Di samping itu, sejarah keluarga atau faktor genetik mungkin antara penyebab timbulnya kanser ovari. Wanita yang berdepan kesulitan untuk mengandung dan tidak pernah hamil juga antara menyumbang risiko, selain penggunaan hormon setelah menopaus.

kanser ovari

Tidak kurang juga obesiti dan tabiat merokok, antara faktor terjadinya kanser.

Justeru, jika anda mengalami perubahan mendadak yang tidak boleh dijelaskan oleh faktor lain, ia boleh menjadi petunjuk bahawa sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.

SOALAN 2

Adakah ujian saringan tertentu dapat membantu mengesan penyakit lebih awal dan apakah langkah pencegahan yang perlu diambil jika seseorang itu mengalami gejala yang mungkin dikaitkan dengan kanser ovari?

JAWAPAN

Tidak dinafikan, sekarang ini golongan wanita lebih muda dalam fasa reproduktif juga boleh terdedah dengan kanser ovari.

Pernah terjadi satu kes yang mana wanita yang sedang mengandung disahkan menghidapi kanser ovari. Sewaktu bersalin, tumor berkenaan dikeluarkan sekali untuk menyelamatkan pesakit.

DR SHAHZARUL FAZRIL LIN DR SHAHZARUL FAZRIL LIN

Ini kerana, ia agak sulit untuk dikesan lebih awal kerana semasa hamil, rahim membesar. Simptom juga kadang-kadang bertindih dengan gejala orang mengandung.

Baca juga Pil gugur boleh sebabkan seseorang mandul dan dapat kanser ovari? Pakar berpengalaman ini ada jawapan

Namun demikian, kesedaran dan pendedahan ilmu sangat penting untuk mengenal pasti kanser ovari pada peringkat awal.

Pemeriksaan kesihatan berkala disarankan supaya ujian fizikal dapat mengesan perubahan tubuh atau tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser.

Pemeriksaan imbasan seperti ultrabunyi transvaginal dan imbasan tomografi berkomputer (CT-Scan) mungkin digunakan untuk mengesahkan kehadiran tumor ovari atau pertumbuhan yang mencurigakan.

DR SHAHZARUL FAZRIL LIN DR SHAHZARUL FAZRIL LIN

Ujian darah juga boleh dilakukan untuk mengukur tahap bahan kimia tertentu yang boleh membantu dalam pengesanan sel kanser. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingati bahawa ia bukanlah ujian yang tepat untuk pengesanan awal kanser ovari.

Pemeriksaan genetik mungkin perlu untuk mereka yang memiliki sejarah keluarga demi mendapatkan penilaian genetik untuk mengenal pasti mutasi gen yang berkaitan dengan kanser ovari.

Jika terdapat kecurigaan, pemeriksaan biopsi ketumbuhan mungkin diperlukan untuk mengesahkan diagnosis iaitu melibatkan pengambilan sampel tisu ovari untuk dianalisis.

kanser ovari

Pengesanan awal kanser ovari penting kerana ia memberikan peluang untuk rawatan yang berkesan dan prognosis yang lebih baik. Sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan, penting untuk segera berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut.

Baca juga Tahap kanser ovari hanya diketahui selepas jalani pembedahan. Wanita kena peka dengan simptom!

Pendekatan tersebut bukan sahaja dapat membantu memudahkan rawatan, bahkan peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana rawatan awal biasanya lebih berjaya dalam mengawal atau menghapuskan sel kanser sekali gus mengurangkan komplikasi dan kos secara keseluruhan.

Servis komprehensif

Pantai Hospital Ayer Keroh juga memiliki perkhidmatan kanser yang komprehensif, memiliki pusat kanser dengan barisan pakar perubatan/pembedahan dan perkhidmatan serta sokongan khas.

kanser ovari

Orang ramai boleh mendapatkan servis seperti konsultasi bersama pakar ginekologi onkologi, penilaian dan diagnosis.

Pada masa sama, Pantai Hospital Ayer Keroh turut menyediakan rawatan lengkap seperti pembedahan, kemoterapi dan terapi sasaran mengikut keperluan setiap pesakit.

Sokongan psikososial penting buat pesakit dan keluarga mereka, termasuk kaunseling, sokongan emosi dan perkhidmatan sokongan kesihatan mental.

Penjagaan selepas rawatan, termasuk pemantauan kesihatan berkala, pemulihan fizikal dan sokongan untuk memulihkan kualiti hidup pesakit selepas menjalani rawatan kanser ovari.

ANDA MUSYKIL DR JAWAB BERSAMA DR SHAHZARUL FAZRIL LIN

Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Pembedahan Gine-Onkologi Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca