Kasih Wanita, 10 tawaran menarik sempena Hari Wanita Sedunia, grab cepat!

A
A
A

WANITA terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu dan pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting.

Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia! Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac saban tahun, jasa bakti kaum Hawa yang memiliki populasi seramai 15.7 juta atau 47.9 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia terus dihargai.

Baca juga: DIY air basuhan beras buat muka jadi mulus glowing, selamat dan jimat poket

SinarPlus kongsikan 10 tawaran menarik makanan dan minuman buat anda yang bergelar wanita.

1-FAMOUS AMOUS

Dapatkan potongan RM5 dengan pembelian RM38 dan ke atas bagi pembelian dalam talian.

2-EMPIRE SUSHI

Terhad pada 8 Mac, anda boleh menikmati Onigiri atau Hand Roll pada harga RM3.80 sahaja. Selagi stok masih ada.

Baca juga: Jimat! Tak perlu beli baru, ini 5 cara tajamkan pisau blender yang tumpul

3-MARY BROWN

Sempena Hari Wanita Sedunia, Mary Brown menawarkan dua set sajian berharga RM3.80. Malah Kakak Rider pun boleh dapat hidangan percuma. Tawaran terhad dari 8 Mac 2023 sahaja!

4-MY NEWS

Kedai serbaneka My News menawarkan beli satu percuma satu bagi pembelian minuman Maru Hot atau Iced Latte (Regular) mulai 6 Mac hingga 12 Mac 2023.

5-HAAGEN DAZS

Jenama ini meraikan wanita dengan mmberikan satu skup percuma bagi pembelian dua skup aiskrim. Boleh dari 6 Mac hingga 10 Mac 2023.

Baca juga:DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

6-DABOBA

Wanita boleh mendapatkan potongan RM3.80 bagi pembelian Classic Milk Tea Series sebagai minuman kedua di Daboba. Tawaran terhad pada 8 Mac 2023.

7-STARBUCKS

Sempena Hari Wanita Sedunia, Starbucks memberikan potongan 30 peratus bagi minuman bersaiz Grande pada 8 Mac 2023.

Baca juga:Mudah dan sihat, resipi peanut butter ini menjimatkan, hanya guna satu bahan!

8-COOL BLOG

Hilangkan dahaga kaum Hawa, Cool Blog tawarkan minuman beli satu percuma satu. Tawaran hanya pada 8 Mac 2023.

9-TGI FRIDAYS

Raikan wanita dengan sajian hebat, restoran TGI Fridays menawarkan potongan 50 peratus untuk hidangan Fish & Chips menjadikan ia hanya RM16.95! Harga hebat ini hanya pada 8 Mac 2023.

10-GONG CHA

Istimewa Hari Wanita Sedunia, Gong Cha memberikan potongan harga menarik iaitu hanya RM3.80 bagi minuman kedua pada 8 Mac 2023. Tawaran terbuka kepada pelanggan wanita di seluruh negara.

Sesuai dengan tema tahun ini iaitu Kasih Wanita, raikan wanita tawaran-tawaran ini, penulis pun tak sabar nak grab. Ayuh!

Baca juga: Wanita ini dedah petua tradisi hilangkan jerawat halus, jeragat, menutup pori guna ais tomato. Kulit pun jadi tegang & cantik

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca