Ekstrak bunga chamomile untuk kulit sensitif, meredakan iritasi
UNTUK membantu pengguna ‘memerangi‘ kulit sensitif, Mamonde baru-baru ini membangunkan satu produk khas dinamakan Blue Chamomile Soothing Repair Cream.
Krim berkenaan tidak hanya membantu menenangkan dan menyejukkan kulit kemerahan, malah membantu menambah kelembapan kulit.
Mamonde dalam satu kenyataan berkata, produk berkenaan diformulasikan menggunakan ramuan kompleks yang diekstrak daripada bunga chamomile.
“Blue Chamomile Soothing Repair Cream terbukti selamat dan berkesan. Ia juga telah menjalani lima ujian pada kulit termasuk beberapa ujian lain seperti kulit sensitif, dermatologi dan ujian kerengsaan mata,“ kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, inovasi baharu itu juga bebas daripada tujuh ramuan yang biasanya dapat dielakkan ketika memilih produk kosmetik.
Antaranya ramuan haiwan, polyacrylamide, triethanolamine,imidazolidinyl urea, warna sintetik dan paraben.
“Dengan kepuasan produk 100 peratus yang diperoleh melalui tinjauan pelanggan, tidak hairanlah Mamonde‘s NEW Blue Chamomile Soothing Repair Cream menjadi kegemaran wanita Korea,“ katanya.
Dengan harga runcit RM125, Blue Chamomile Soothing Repair Cream (50 mililiter) boleh didapati di semua kedai Watsons utama di seluruh negara atau pembelian secara online menerusi Shopee, Lazada dan Zalora.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang