PENGANJURAN Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) sesuatu yang istimewa dan bakal memeriahkan lagi industri fesyen tanah air dan antarabangsa.

Bertempat di pusat beli-belah, Aman Central, Kedah pada 5 hingga 7 Ogos depan, KFW22 akan menampilkan beberapa pereka dan jenama tempatan serta antarabangsa yang pastinya membuatkan peminat fesyen tanah air teruja.

KFW22 juga dilihat sebagai sebuah platform untuk para pereka bertukar pandangan, di samping mengetengahkan cetusan idea baharu dan segar bagi memantapkan lagi industri ini yang sentiasa bergerak pantas.

 

Antara jenama yang turut serta ialah ICAHFA, Qaira Hijab, Fana Couture, Carl Rino, HLA. Parkson, NUWAY, Teva, Birkenstock STUDIO, Steve Madden dan Swarovski.

Baca ni Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

ANUGERAH TOKOH FESYEN

Istimewanya pada kali ini, KFW22 bakal memperkenalkan anugerah buat tokoh fesyen terpilih sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti mereka sepanjang berada dalam industri ini.

Mengulas lanjut, Pengurus Pemasaran Kanan Aman Central, Ken Chin berkata, penganjuran KFW22 bertujuan meraikan fesyen dan trend, selain menjadi platform inspirasi buat semua peminat dan pereka industri fesyen tempatan.

“Tahun ini KFW22 kembali dengan membawa apresiasi fesyen ke tahap lebih tinggi dengan menyuntik inspirasi daripada pelbagai pereka fesyen tempatan.

Ken Chin (empat dari kiri) bersama sebahagian barisan pereka, jenama fesyen tempatan yang menyertai KFW22.

“Kehadiran ikon fesyen ternama seperti pereka terkenal dari Thailand, Hirankit Pattaraboribookul serta Edwin Ao dari Filipina bakal memeriahkan lagi acara.

“Persembahan istimewa artis tempatan seperti Khai Bahar, Marsha Milan Londoh dan Dayang Nurfaizah juga pasti menjanjikan KFW22 sebagai satu program yang paling dinantikan,” ujar Ken Chin lagi.

WANITA GEMAR BERFESYEN

Sementara itu, Bon Zainal Harun yang juga pengasas kepada jenama Bon Zainal ketika ditemu bual melahirkan rasa teruja berpeluang bergandingan bersama pereka lain dalam KFW22.

“Ini kali kedua saya ditawarkan menyertai KFW22, kali pertama sebelum Covid-19 melanda. Sejak 1990 lagi, saya tidak ketinggalan untuk menyertai setiap kali ada penganjuran (minggu fesyen) sebegini sebagai tanda sokongan,” katanya.

Ujar Bon, dunia fesyen sentiasa hadir dengan pembaharuan dan rekaan yang sentiasa berubah-ubah.

Iklan

“Ramai masih beranggapan bahawa fesyen lebih kepada kaum wanita. Itu tidak dapat dinafikan memandangkan banyak pilihan dan pelbagai rekaan di pasaran lebih menjurus kepada kaum hawa.

“Wanita memang kita sudah tahu gemar berfesyen dan rata-rata rekaan di luar sana adalah untuk wanita. Namun, lelaki juga boleh bergaya, asalkan bijak dan kena selalu mencuba,” ungkapnya.

Bon Zainal (hujung kanan sekali) teruja berpeluang menyertai KFW22.

Baca lagi Bukan kejar publisiti, Nur Liyana bangga bergaya busana Murut Nabai di rantau orang

SENTUHAN FRESH DAN TAMPAK MUDA

Sebagai contoh di Bon Zainal sendiri, koleksi yang ditawarkan bersifat formal dan lebih kepada office wear.

Iklan

“Namun, dengan daya kreativiti, setiap orang boleh cuba pelbagaikan gaya, pilihan warna dan sebagainya untuk sesuaikan dengan penampilan masing-masing, ujar beliau.

“Mainan colour misalnya dapat memberi sentuhan gaya fresh dan tampak muda. Dalam masa sama tetap mengekalkan ‘klasik’ Bon Zainal itu sendiri,” ujarnya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan