KETENANGAN seisi keluarga bukan setakat kediaman bersih dan kemas tetapi juga selesa dan harum.

Bau hapak dan kotoran yang melekat pada satu-satu ruang kediaman menimbulkan rasa kurang selesa, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

Walaupun puasa baru seminggu, namun bagi ibu-ibu pasti sudah bersedia nak mengemas rumah. Malu pula jika tetamu datang berkunjung ke rumah di pagi Syawal, ada bau yang kurang selesa.

Ada segelintir pemilik kediaman memilih produk mahal, tak kurang juga yang mempraktikkan kaedah do it yourself (DIY) atau buat sendiri pewangi untuk menampilkan kesegaran setiap sudut ruang.

Baca ni Lelaki ini kongsi DIY pewangi rumah guna dua bahan jer. Bau harum, kos pun murah!

rumah
Gambar sumber PEXELS

Sebelum itu, SinarPlus kongsikan beberapa tip membantu syurga kecil anda sekeluarga sentiasa wangi.

Periksa permaidani atau karpet
Jangan hanya nak cantikkan ruang tetapi malas mahu bersihkan karpet.
Rajin-rajinlah jemur pada cuaca yang panas. Jika terlalu berat atau sukar dijemur di luar rumah, memadai dengan dekatkan ia ke bahagian dinding tingkap supaya terkena cahaya.

Buka tingkap
Ia memudahkan aliran udara keluar masuk terutama bagi kediaman yang menggunakan pendingin hawa. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.

Baca juga Raya ni rumah kena wangi, cuba tip mudah DIY pewangi 2 bahan hilang kepam hanya sembur-sembur jer

penyegar
Gambar sumber PEXELS

Penyegar udara
Bagi anda yang memiliki haiwan peliharaan seperti kucing, selain membersihkan tempat si bulus setiap hari, anda juga wajib mempunyai penyegar udara.

Bagi yang rajin, cuba DIY pewangi dengan menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.

Epal + Kayu Manis + Bunga Lawang + Bunga Cengkih
Membuatkan rumah berbau segar dan menyenangkan. Caranya, potong beberapa hiris epal dan masukkan ke dalam balang lalu tuangkan air. Tambah beberapa batang kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
Anda boleh mengubah suai aroma ini dengan menukar nisbah bahan-bahan ini mengikut bau yang diinginkan.

Baca juga DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!


Gabungan rosemary dan vanila menampilkan bau yang menyegarkan. Masukkan beberapa keping buah lemon dan buah limau ke dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.

Iklan

Lemon Thyme + Pudina + Ekstrak Vanila
Bau yang dihasilkan oleh thyme sangat sesuai jika digabungkan bersama lemon dan pudina. Hiriskan beberapa keping lemon dan masukkan ke dalam balang. Tambahkan air dan kemudian tambahkan beberapa tangkai daun pudina serta thyme yang segar. Anda juga boleh menggunakan daun pudina dan thyme yang kering. Ia mudah didapati. Akhir sekali, tambahkan beberapa titik esen vanila.

Baca lagi Rupa-rupanya sabun buku tak sesuai letak dalam tangki flush. Wanita ini kongsi sebabnya yang ramai tak tahu!

aromaterapi

Minyak aromaterapi
Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak aromaterapi untuk menambahkan keharuman pada keseluruhan kediaman. Mewujudkan suasana yang selesa dan santai, produk Eartheories misalnya menampilkan aroma Malaysia yang unik dan asli. Pilihan minyak pati grapefruit , lemongrass dan kaffir lime menghasilkan keharuman yang luar biasa.

Justeru, nak harumkan rumah guna bahan yang simple, cubalah tip ini.

Iklan

Sumber: brightside.me & Eartheories

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang