PELEMBAP bibir terkemuka negara, Lipice baru-baru ini mempertingkatkan inovasi mereka dengan memperkenalkan Lipice Magic Color.

Produk terbaharu itu antara lain membantu mengekalkan kelembapan bibir selama 10 jam.

“Dengan hanya calitan ringkas, bibir akan bertukar kepada kepada warna merah jambu yang sihat. Rona yang ditawarkan juga berbeza mengikut suhu badan individu. Serentak dengan itu, inovasi ini mempunyai perisa baharu iaitu pudina,“ kata jenama berkenaan dalam satu kenyataan.

Berikut ringkasan ciri-ciri terkini Lipice Magic Color:

i) Bertukar warna

Ia memberi warna daripada jernih hingga merah jambu kristal. Didatangkan dalam tiga varian iaitu:

Rose Pink (perisa strawberi dan bebas pewangi): Daripada warna jernih kepada ros merah jambu.

Crystal Pink (perisa mixberry): Daripada warna merah jambu kepada merah jambu kristal.

Glamorous Pink (perisa pudina): Daripada biru muda kepada merah jambu   glamor.

ii) Menawarkan bibir yang mungil

Terkandung ekstrak herba Commiphora mukul untuk memastikan bibir kelihatan penuh dan gebu.

iii) Melindungi bibir

Mengandungi vitamin E untuk membantu menghilangkan radikal bebas sambil menjadikan bibir kelihatan lebih licin dan muda.

Iklan

iv) Tiada bahan pengawet

Bibir kelihatan lebih sihat secara semula jadi tanpa sebarang bahan kimia.

BACA JUGA: Risau warna bibir gelap, berikut langkah boleh diambil bagi mengatasi

Iklan

Dengan hanya calitan ringkas, bibir akan bertukar kepada kepada warna merah jambu yang sihat. Rona yang ditawarkan juga berbeza mengikut suhu badan individu. Serentak dengan itu, inovasi ini mempunyai perisa baharu iaitu pudina,“ kata jenama berkenaan dalam satu kenyataan.

Selain itu, ciri warnanya yang tahan lama sangat sesuai untuk digunakan sebagai asas sebelum memakai gincu. Menariknya lagi, produk itu tidak meninggalkan kesan walaupun anda memakai pelitup muka.

Produk hebat itu boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya besar terkemuka pada harga RM17.20 sahaja.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI