LENOVO Malaysia baru-baru ini memperkenalkan ThinkBook Plus yang lebih bergaya dan menepati selera masa kini.

Produk terbaharu jenama antarabangsa itu antara lain menampilkan paparan penutup e-Ink inovatif yang membantu pengguna menjadi lebih produktif ketika melakukan pelbagai tugas.

Ia turut dilengkapi dengan paparan FHD 13.3 inci dan paparan e-Ink (10.8 inci) pada penutup.

Paparan e-Ink diperbuat daripada Corning Gorilla Glass NBT iaitu kaca unik untuk komputer riba dan memiliki ketahanan calar yang lebih baik.

Selain itu, pengguna juga dapat membuat lakaran dan nota dengan Lenovo Precision Pen dengan lebih efisien.

Iklan

Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Varinderjit Singh berkata, pihaknya komited untuk membolehkan semua pekerja berusaha sebaik mungkin dalam melakukan tugasan dengan memberikan teknologi yang lebih pintar seperti ThinkBook Plus.

Iklan

Penulis: Mazlina Abdul Majid