PERNAH tak anda rasa begitu serabut dengan limpahan masalah?

Kemudian anda buka televisyen dan tonton drama komedi.

Tak semena-mena kita terbahak-bahak gelak. Geli hati dibuatnya dengan jenaka yang dipersembahkan.

Tanpa sedar beban tekanan akibat masalah yang dihadap tadi hilang sekejap dan secara automatik kita terus jadi ceria.

ketawa
SUMBER Helena Lopes daripada PEXELS.

Jadi, benarkah kata orang ketawa tu penawar kepada kedukaan dan boleh hilangkan tekanan?

Menurut laman Hello Doktor, perilaku itu merupakan indikator perasaan gembira atau seronok.

Baca juga: Bukan saja manusia, kucing pun boleh dapat penyakit jantung, diabetes kalau obes

Baca juga:Hilang penglihatan selepas kemalangan, kisah kecekalan & sikap positif Mashy tular, buat ramai muhasabah diri

Ia sinonim dengan perasaan suka tanpa melibatkan kegelisahan, kebimbangan atau kemarahan.

“Di sebalik kemeriahan ketawa, terdapat juga beberapa manfaatnya terhadap kesihatan.

“Walaupun bukan pada kesihatan fizikal, ketawa sudah pasti membawa kebaikan terhadap kesihatan mental,” katanya.

Sementara itu, Mayo Clinic berpendapat, perasaan yang menyatakan rasa terhibur itu tidak mampu menyembuhkan semua penyakit, namun data menunjukkan ia menyumbang kepada banyak perkara positif.

 

Berikut adalah kesan jangka pendek yang akan dialami seseorang apabila mereka mula ketawa:

1.Merangsang banyak organ
Ketawa meningkatkan pengambilan oksigen, merangsang jantung, paru-paru dan otot selain meningkatkan rembesan endorfin yang dikeluarkan oleh otak.

2.Menghilangkan tekanan
– Gelak yang berdekah-dekah mengurangkan stres dan secara tidak langsung mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Situasi itu boleh memberi rasa tenang kepada seseorang individu.

ketawa
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

3. Melegakan ketegangan
-Rasa lucu boleh melegakan ketegangan otot. Ia sekali gus membantu mengurangkan beberapa gejala fizikal tekanan.

Tambah menarik, Mayo Clinic turut berkongsi bahawa perbuatan yang melahirkan rasa suka itu juga mempunyai manfaat jangka panjang. Antaranya:

1.Meningkatkan sistem imun
– Fikiran negatif memberi tindak balas kimia yang boleh menjejaskan badan. Ia membawa lebih banyak tekanan ke dalam sistem badan dan mengurangkan imuniti.

Sebaliknya, pemikiran positif pula boleh membebaskan enzim neuropeptida yang membantu melawan tekanan dan penyakit yang lebih serius.

Iklan

2.Melegakan kesakitan
-Ketawa boleh mengurangkan rasa sakit dan membolehkan badan menghasilkan ubat tahan sakit secara semula jadi.

ketawa
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Baca juga: Ketawa sakan sampai terdiam masa ‘live’, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah kekal profesional depan kamera

Baca juga: Kelakar habis, hadiah yang dibawa kawan pengantin ini bikin ramai ketawa berdekah

3.Meningkatkan kepuasan peribadi
-Ketawa juga memudahkan seseorang menghadapi situasi yang sukar. Ia secara tidak langsung membantu perhubungan sesama manusia.

4.Tingkatkan mood anda
-Ramai orang mengalami kemurungan yang mungkin berpunca daripada penyakit kronik.

Iklan

Dengan ketawa, ia juga boleh membantu mengurangkan tekanan, kemurungan dan kebimbangan, selain membuatkan seseorang berasa lebih gembira.

Maka, benarlah ketawa adalah ubat paling mujarab untuk apa jua penyakit.

Senyum dan ketawalah walaupun terpaksa. Anda akan merasa otot muka menjadi kurang tegang dan lebih tenang.

Pun begitu, SinarPlus nak ingatkan jangan pula ketawa tanpa sebab atau secara berlebihan.

Lain pula jadinya nanti! 🙂

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.