KETUMBIT atau tembel adalah keradangan kelenjar pada kelopak mata atau pada akar bulu mata.

Menurut Pakar Kesihatan dan Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, ia berlaku kerana jangkitan kuman atau salur kelenjar tersumbat dengan bendasing seperti debu, solekan dan sebagainya.

Katanya, “Bukan disebabkan kencing lipas, atau skodeng orang mandi tau!”

Terdapat beberapa jenis kelenjar pada kelopak mata, antaranya, kelenjar Sebasea (sebaceous) dan kelenjar Meibomian.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Keradangan pada kelenjar Sebasea menyebabkan ketumbit jenis Stye. Gejalanya adalah bintil merah pada tepi kelopak mata, bernanah dan sakit.

Keradangan pada kelenjar Meibomian pula menyebabkan ketumbit jenis Chalazion. Gejalanya adalah bengkak pada tengah kelopak mata tapi tak begitu sakit.

Jagalah kesihatan mata, perlukan ujian berkala

Rawatan kedua-dua jenis tembel ni hampir sama iaitu;

1. Tuam ketumbit beberapa kali sehari dengan tuaman suam. Bersihkan tepi kelopak mata dengan syampu bayi menggunakan putik kapas.

2. Sekiranya tidak sembuh selepas dituam dan dibersihkan beberapa hari, rawatan antibiotik dalam bentuk sapuan mungkin diperlukan.

3. Dalam kes yang lebih teruk chalazion dirawat dengan pembedahan kecil untuk mengeluarkan minyak yang terkumpul.

Jika tidak dirawat, keradangan boleh merebak ke seluruh kelopak mata (blepharitis) dan lapisan lemak di bawah kulit (cellulitis). Ia akan menyebabkan bengkak dan sakit yang teruk.

Baca juga 8 juta rakyat Malaysia berdepan dengan masalah jantung. Jangan jadi sebahagian daripada statistik itu lagi!

Iklan

Untuk elakkan ketumbit, pastikan;

1. Solekan kelopak mata dibuang atau dibersihkan sebelum tidur.

2. Tangan bersih semasa memakai atau menanggalkan kanta sentuh.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan