Ketupat pocong senang, sedap dan cepat

A
A
A

MASIH dalam mood raya? Raya tak raya pasti ramai teringin nak merasa lemang viral yang dimasak tanpa menggunakan buluh seperti kelazimannya ini bukan?

Yalah... bukan senang nak mendapatkan buluh. Kalau tidak dijual di pasar, satu hal pula perlu masuk ke hutan nak mencarinya. Risau nanti lain yang dicari, lain pula yang jumpa.

Moga tidaklah... Harap semua yang baik-baik saja.

Buat yang teringin nak masak lemang tu, ada kaedah lain yang boleh dibuat sebagai alternatif. Bahan-bahan asasnya lebih kurang sama dengan menggunakan buluh lemang.

Namun begitu, lemang yang agak mudah ini hanya menggunakan daun pisang seperti yang dikongsikan pengguna Facebook bernama Asnie Aina ini.

Menurut beliau, stail lemangnya itu lebih senang, sedap dan cepat.

Bahan-bahannya:

1 kg beras pulut

1/2 kilo santan pekat

2 helai daun pandan

Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Beras pulut direndam selama satu jam. Kemudian kukus.

2. Setengah kilo santan pekat dimasak bersama satu sudu besar garam halus dan dua sudu besar gula. Campurkan dua helai daun pandan.

3. Bila pulut dah masak, masukkan santan dan gaul sebati.

4. Letakkan atas daun pisang. Ikat kuat-kuat bagi mampat. Kukus satu jam.

"Siapp..meme sdp ngoti.. Lemok manis skato?," katanya.

Mudah kan? Moga bermanfaat dan selamat mencuba! -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca