Ketupat sotong menyelerakan, buat sendiri puas hati

Ketupat sotong menyelerakan, buat sendiri puas hati
Ketupat sotong menyelerakan, buat sendiri puas hati
A
A
A

BAGI mereka yang pernah merasa ketupat sotong, mesti korang tahu rasanya yang sangat menyelerakan.

Jika biasanya sotong digunakan sebagai menu lauk dimakan bersama nasi, berbeza dengan ketupat sotong ini.

Ia sesuai dibuat juadah minum petang atau pemanis mulut seperti aneka bubur yang lain.

Ketupat sotong juga perlu menggunakan sotong bersaiz sederhana besar bagi menghasilkan hidangan yang sempurna.

Pemilihan sotong agak penting kerana jika saiz terlalu besar, sotong itu akan menjadi terlebih keras.

Selain sotong, ia juga menggunakan beras pulut yang diisi ke dalam sotong tersebut, kemudiannya dimasak bersama santan.

Mari kita tengok cara mudah membuatnya.

Bahan-bahan;

  • 6 ekor sotong (saiz sederhana)
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair (untuk merendam beras)
  • 3 cawan santan pekat (untuk kuah)
  • Secubit halba
  • 1 cm halia (dimayang)
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 1 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Lidi sate / pencucuk

Cara-cara membuatnya;

1. Cuci bersih sotong. Buang dakwatnya, selaput kulit, mata dan giginya.

2. Masukkan 1 sudu setengah pulut dalam perut sotong (ini bergantung pada saiz sotong, sukatannya kira-kira 1/3 daripada saiz panjang sotong.

Perlu diingat jangan isi lebih daripada itu nanti ketika merebus beras pulut mengembang.

3. Masukkan semula kepala sotong pada kedudukan asalnya dan cucuk lidi sate untuk melekatkan kepala sotong pada bahannya. Fungsi lain adalah untuk mengelakkan pulut keluar daripada perutnya semasa merebus.

Jika tidak mahu kepala sotong, hanya cucuk lidi sate.

Cuba juga Kelainan rasa daging singgang patut dicuba, menu popular di Terengganu

3. Masakkan santan cair dan masukkan sotong (santan mesti lebih tinggi dari sotong).

4. Masakkan sehingga sotong nampak buncit dan tegang dan santan cair hampir kering.

5. Masukkan santan pekat, halba, halia, bawang dan garam. Masak hingga kuah menjadi pekat.

6. Hidangkan panas atau sejuk. Cara makan mestilah sekali dengan kuahnya macam kita macam bubur atau pengat pisang.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Resipi: MaDiHaA aka Ratna

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca