HomeLifestyleJom jalanKeunikan Kelantan jadi tumpuan...

Keunikan Kelantan jadi tumpuan pencinta alam, Gunung Reng dan Bukit Salor miliki nilai eksentrik tersendiri

KETIKA mengikuti Program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia 2023 di Kelantan anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini, SinarPlus didedahkan dengan banyak informasi baharu termasuk kewujudan destinasi alam semula jadi yang menarik di Jeli.

Di daerah seluas 1,280.21 kilometer persegi itu, terdapat Gunung Reng dan Bukit Salor yang cukup berbaloi untuk dijelajahi terutama pencinta flora dan fauna.

Berkongsi informasi mengenai Gunung Reng, pemandu pelancong, Abbas Mohd Salleh berkata, destinasi yang terletak di Kampung Gunong tersebut terkenal dengan legenda misteri.

“Kata orang zaman dahulu kala, kira-kira lebih 1,000 tahun lalu, kawasan ini sebenarnya satu perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Tala tetapi lenyap dihempap batu gergasi.

Kelantan

“Semua itu berlaku disebabkan aktiviti melaga haiwan. Pun demikian, untuk mengesahkan kebenaran belum dapat dipastikan lagi. Cuma cerita mistik tersebut sehingga sekarang menjadi bualan ramai,” cerita lelaki berusia 50 tahun itu.

Uniknya, gunung setinggi 1,889 meter dari paras laut itu memiliki sebanyak 69 buah gua dengan gelaran tersendiri.

Kelantan

Antaranya Gua Gajah dengan batu kapur berbentuk gajah, Gua Bunga yang terkenal dengan bauan harum meskipun tiada tumbuhan di dalamnya dan Gua Kerusi.

Kata Abbas, masa pendakian untuk meninjau kesemua gua yang ada mengambil masa sehari memandangkan laluan dalam masih tiada lagi kerja penurapan jalan bersimen.

 

Kelantan

“Kawasan ini masih kekal seperti azali dengan batu kapur. Jangan bimbang, laluan ini berlampu dan perlu masuk ke dalam dengan bantuan jurupandu.

“Paling cepat, ambil masa dua jam untuk melawat lebih kurang 15 buah gua. Itupun sudah ramai puas hati,” katanya.

Kelantan

Aktiviti jelajah alam berkenaan tidak terhenti setakat itu sahaja apabila kami turut dibawa ke kawasan khas untuk aktiviti mendulang emas.

Baca juga 2 beradik usaha kebun anggur guna teknik tanpa tanah. Ini cerita usahawan dari Kelantan

Butiran emas halus berjaya ditemui menggunakan perkakas yang disediakan pihak penganjur dan aktiviti itu bakal menjadi produk pelancongan baharu di Kelantan tidak lama lagi.

Iklan
kelantan
BUKIT Salor dengan ketinggian kira-kira 340 meter itu semakin dikenali sebagai trek pendakian terbaharu di Jeli, Kelantan.

Mengenai Bukit Salor pula, ia terkenal dengan panorama awan bergulung.

Lokasi riadah dengan ketinggian kira-kira 340 meter itu semakin dikenali selepas trek pendakian terbaharu disediakan.

Sementara itu bercakap mengenai program, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berharap program tersebut dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama bersama media, selain memperkenalkan keunikan negeri Kelantan.

Kelantan

“Inisiatif berterusan ini penting untuk menarik lebih ramai pelancong selepas melihat trend pelancongan yang lebih cenderung mendekati dan menerokai produk berasaskan alam semula jadi.

Baca juga Sambal Pijat orang Jeli guna 3 bahan jer, tapi rasanya memang terangkat. Best dimakan dengan nasi panas

Iklan

“Justeru, seiring usaha mempraktikkan pelancongan lestari, saya berharap hebahan media dapat membantu mempromosikan lokasi tular dan pada masa sama dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat,” katanya selepas merasmikan Majlis Makan Malam Program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia di Restoran Laila Majnu, Lalang’s Resort & Spa, Jeli.

Kelantan

Gunung Reng

  • Alamat: Kampung Gunong, Jeli, Kelantan
  • Harga: Bergantung kepada pakej
  • Aktiviti: Mendaki gunung, terokai gua dan mandi sungai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili...

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor...