SELAIN daripada tinggalan sejarah, makanan antara yang akan membuatkan sesebuah negeri atau daerah menjadi terkenal.

Di Jeli, Kelantan misalnya, menu yang dinamakan sambal pijat cukup popular dalam kalangan penduduk di jajahan itu.

Selaku individu yang handal menyediakan masakan tersebut, Maimun Mat Hasan memberitahu, majlis kenduri atau perkahwinan di sana memang tidak akan lengkap tanpa sajian berkenaan.

Beliau yang merupakan salah seorang penduduk Kampung Seberang Jeli, Sungai Rual, Jeli, Kelantan berkata, sambal pijat secara umumnya diperbuat daripada akar pokok pijat.

sambal pijat

Menariknya tentang wanita berusia 52 tahun itu, beliau menanam sendiri pokok pijat di sebuah kebun khas seluas 0.8 hektar yang khusus untuk pepohon berkenaan.

“Rupa pokoknya seperti kunyit, tetapi memiliki bau seperti serangga pepijat. Mungkin itu sebab ia dipanggil pijat. Rasanya pula agak unik. Kalau pandai buat, sambal boleh tahan hingga dua bulan jika simpan di tempat sejuk beku,” katanya ketika membuat demonstrasi membuat sambal pijat sempena Program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia 2023-Kelantan anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini.

 

Pembuatan resipi itu memang sangat mudah. Selain akar pijat, hanya garam dan cili padi diperlukan.

“Tip paling penting adalah pastikan kita pilih akar pijat yang lebih muda. Kemudian, kita hirisnya bersama cili padi sebelum ditumbuk lumat menggunakan batu lesung. Kalau guna pengisar kering pun boleh, tapi bagi saya rasanya kurang enak,” pesannya.

Untuk ‘menaikkan’ lagi rasa, buah kantan dan isi ikan bakar merupakan bahan yang paling sesuai ditambah.

sambal pijat

“Buah kantan ini kita hiris halus, tak perlu tumbuk lumat. Isi ikan pula tak kisahlah ikan sungai atau laut, paling penting kena bakar dahulu baru sedap,” katanya.

Baca juga Dah biasa dengan sambal belacan? Cuba keenakan sambal embang yang bikin ketagih. Senang sangat nak buat

Sudah menjadi tradisi penduduk di Kampung Seberang Jeli, mereka akan makan sambal pijat yang siap dibuat bersama dengan buah mangga yang dipotong halus.

Rasa pedas dan masam sambal, ditambah dengan nasi panas serta ikan goreng sudah cukup lazat untuk santapan makan tengah hari, kata Maimun.

sambal pijat

Sedikit informasi yang dikongsi ibu kepada lima anak itu, di samping akar, daun pijat juga sangat bagus dijadikan ramuan mandian wanita berpantang.

“Di samping itu, pucuk muda daun pijat juga sedap dijadikan serunding kering dan dimasukkan bersama dalam gulai ikan patin masak tempoyak,” katanya.

Iklan

Baca juga Telur pecah sambal 3 rasa simple tapi sedap, ibu kena cuba pasti keluarga suka

Sebelum mengucapkan selamat tinggal, Maimun menyatakan hasratnya kepada kami.

“Saya lihat sambal pijat ini boleh berkembang menjadi salah satu produk pelancongan tempatan. Jadi, saya bercadang untuk menjual resipi keluarga saya secara komersial kepada orang ramai,” ujarnya.

sambal pijat

Resipi Sambal Pijat

Bahan-bahan
Segenggam akar pijat muda
Segenggam cili padi (boleh tambah untuk rasa lebih pedas) [BELI DI SINI]

Iklan

sambal pijatSatu sudu teh garam halus [BELI DI SINI]
Buah kantan (kalau ada)
Isi ikan bakar (kalau ada)
Mangga muda (kalau ada)

Cara penyediaan:
1. Akar pijat muda dan cili padi dihiris nipis.

sambal pijat2. Tumbuk lumat bahan tersebut sebelum diperasakan dengan garam.
3. Masukkan hirisan buah kantan, isi ikan bakar dan mangga muda jika ada.
4. Siap untuk dihidangkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang