Khasiat belimbing bintang untuk kesihatan dan kecantikan

No Image Caption
A
A
A

SERINGKALI kita lihat buah belimbing bintang dimakan oleh orang yang mempunyai tekanan darah tinggi kerana dikatakan ia mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Tapi sebenarnya banyak lagi khasiat daripada belimbing bintang ini tidak kiralah yang berwarna hijau mahupun kuning. Ini antara khasiat belimbing bintang Sinarplus kongsikan.

1. Meningkatkan imunisasi badan

Dalam sebiji buah belimbing bintang mengandungi kira-kira 50 peratus vitamin C yang diperlukan oleh badan. Apabila badan memiliki kandungan vitamin C yang mencukupi ia mampu membina sistem pertahanan badan yang kuat bagi melawan bakteria jahat.

2. Mencegah kanser

Buah belimbing ini mengandungi kuersetin, epicatechin, asid galat dan slavonoid polifenol yang ersifat antioksida. Antioksida ini mampu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser hati.

3. Mengawal kadar gula dan kolestrol

Setiap buah mengandungi nilai gula natural begitu juga dengan buah belimbing bintang ini. Belimbing bintang mengandungi nilai gula semula jadi lebih berbanding buah lain di mana ia mampu mengawal tahap gula dan kolestrol dalam badan.

4. Melancarkan pencernaan

Tekstur buah belimbing bintang yang berserat ini mampu melancarkan pencernaan. Di samping, buah ini mempunyai mineral penting yang mampu melancarkan pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrisi makanan kepada tubuh.

5. Membuat kulit sihat dan cantik

Kandungan antioksida flavonoid dalam buah ini mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit. Dengan itu kulit akan dijaga dan tidak kusam. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah jadikan masker belimbing untuk wajah.

Itulah antara khasiat belimbing bintang bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan. Selamat mengamalkannya.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: harapanrakyat.com dan nutritionartist

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca