NORMA baharu! Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia terus memantapkan khidmat kepada pelanggannya dengan menyediakan pilihan Khidmat Pandu Uji Ford ke rumah atau pejabat.

Selepas ini, korang kalau berhasrat memiliki kenderaan Ford berpeluang memandu uji kenderaan yang dihantar ke rumah tanpa perlu datang ke premis wakil penjual.

Perkhidmatan ini adalah untuk lokasi dalam lingkungan jarak 10km dengan wakil pengedar terdekat.

Untuk mengurus penghantaran pandu uji ini mudah sahaja, korang boleh menghubungi wakil pengedar terdekat, menghantar permohonan pandu uji secara dalam talian via laman web SDAC-Ford atau dengan menghantar pesanan kepada Jurujual Digital Ford.

Manurut , Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, pada waktu ini, pihaknya faham bahawa para pelanggan mahukan khidmat tambahan yang memberi kemudahan.

Iklan

“Untuk itu, kami menyediakan satu lagi pilihan dengan menghantar kenderaaan Ford yang ingin dipandu uji ke rumah atau pejabat pelanggan bagi membuktikan komitmen kami dalam terus memantapkan sokongan dan khidmat kepada para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, langkah-langkah berwaspada akan diamalkan oleh perunding jualan semasa penghantaran kenderaan, termasuk memakai topeng muka, mencatat suhu badan, mensanitasi kenderaan yang diuji dan duduk di bahagian belakang kenderaan sebagai mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Iklan

“Bagi pelanggan yang memilih untuk terus ke premis wakil pengedar Ford, kami ingin meyakinkan mereka bahawa langkah-langkah perlu telah kami ambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, ini termasuk penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, meletak cecair sanitasi tangan di sekitar bilik pameran dan sanitasi yang dilakukan dengan kerap di bahagian-bahagian yang sering disentuh,” tambah Muzri.