DALAM drama-drama Korea yang selalu menayangkan suasana orang di situ makan makanan tradisi mereka, Kimchi dengan penuh berselera pasti ada yang membuatkan sesetengah orang kita sampai  telan air liur bukan?

Nak pulak pengikut K-pop…

Kimchi adalah makanan tradisional Korea. Ia merupakan salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram.

Sayuran berkenaan akan diperap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah. Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak.

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.

Dalam kamus, Kimchi dikatakan terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Pasti ramai yang kata… ‘Eh bilalah nak rasa makan kimchi? Pergi Korea pun belum tentu mengkala bila…’. Nak-nak sekarang ni bukan senang nak mengembara seantero dunia…

Siapa kata korang tak boleh nak rasa makan kimchi ala kat Korea tu? Kat Malaysia pun boleh tau!

Itu kongsi pengguna grup resipi masakan di Facebook yang bernama Zurina Zulkefli ini.

“Ada kat sini suka makan kimchi Korea ke? Kimchi ni nk sedap saya isi cencaluk. Saya share resepi ya,” tulisnya.

Berikut resipi Kimchi menggunakan cencaluk yang dikongsikan beliau:

Kimchi

Iklan

Bahan (A) sayuran:
✓ 1 biji kobis panjang
✓ 1 biji lobak merah
✓ 1 ikat daun bawang
– Potong kobis saiz sederhana dan perap bersama garam untuk seketika. Kemudian bilas dengan air dan toskan.
– Sayuran yg lain dihiris memanjang dan halus.

Bahan (B) bahan dikisar:
✓ 1 biji bawang holland
✓ 1 biji buat lai kuning
✓ 4 ulas bawang putih

Bahan (C) bahan dimasak:
✓ 5 sudu besar tepung beras
✓ Setengah cawan air
– Bancuh tepung bersama air, kemudian hidupkan api kecil. Gaul sehingga tepung menjadi bubur.

Iklan

Bahan (D) untuk perasa:
✓ 1 paket serbuk cili kasar
✓ 1 s/b cencaluk (pilihan)
✓ 1 s/b sos tiram
✓ 2 s/b cuka epal
✓ Minyak bijan
✓ Sos ikan
✓ Gula dan garam sekiranya perlu.

– Sediakan besen yang besar.
– Masukkan bahan (B) (C) & (D).
– Gaul sebati dan pastikan secukup rasa.
– Kemudian masukkan bahan (A) dan gaul mesra sehingga sayuran disaluti kemerahan.
– Kimchi siap dan simpan di dalam bekas. Pastikan ada sedikit ruang untuk jus perapan keluar.
– Simpan di dalam peti.
– Boleh dimakan setelah 24 jam diperap.

Selamat mencuba! -AG #JanganPutusAsaMalaysia