Ada yang menangis, meraung meminta tolong. Saksi kejadian kongsi suasana pilu di lokasi kemalangan bas pelajar UPSI

KWPULANGAN anak-anak menyambut Hari Raya Aidiladha baru-baru ini menjadi memori terakhir yang terpahat indah buat semua keluarga kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas dan sebuah MPV di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak.
Kenyataan terbaharu oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, setakat ini seramai 15 disahkan meninggal dunia terdiri daripada 10 wanita dan lima lelaki.
Mereka yang meninggal dunia membabitkan 14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan seorang kelindan bas.

Seramai 33 mengalami kecederaan di mana tujuh dirawat di zon merah, 20 orang di zon kuning manakala enam lagi di zon hijau.
29 mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Gerik dan empat lagi di Hospital Baling.
Menurut laporan Harian Metro, seorang saksi kejadian, Razali, 45, dari Jeli segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat khabar mengenai kemalangan tersebut.
Katanya, suara tangisan dan raungan mangsa memenuhi hening pagi yang gelap dan dingin.
“Ada yang menangis, meraung minta tolong. Ada yang terbaring diam, ada pula yang hanya mampu memandang kosong masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.
“Kelihatan juga mereka yang tidak putus asa mengajar rakan mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka tahu rakannya sudah meninggal dunia” katanya berkongsi suasana pilu yang disaksikannya.
Beliau menggambarkan situasi pada masa itu sangat tragis dan menyedihkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang