Adab anak muda makin membimbangkan, Pelakon Zulkifli Ismail cadangkan subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah

No Image Caption
A
A
A

Sifat anak-anak masa kini sangat berbeza dengan zaman dahulu.

Membesar dengan teknologi yang canggih menjadikan mereka kurang terdedah dengan manusia lain dan membawa kesan buruk terutamanya bila bicara soal adab dan akhlak.

Kebanyakan ibu bapa mengharapkan perangai anak-anak mereka baik dan sentiasa menghormati orang yang lebih berusia dan wujud rasa takut untuk berdepan jika ada berbuat salah.

Namun apakan daya, hasutan dunia luar melebihi segalanya, menjadikan mereka agresif ketika salah, malah ada yang sampai memilih untuk melarikan diri daripada rumah jika berlaku perbalahan.

Risau akan permasalahan ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran tatarakyat seperti yang pernah dilakukan di semua sekolah di Malaysia suatu ketika dulu.

Beliau berkata, cadangan tersebut dibuat bertujuan untuk melahirkan warganegara yang lebih sopan dan bertatasusila.

No Image Caption

"Saya cadangkan supaya mata pelajaran tatarakyat diajarkan semula di semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

"Untuk melahirkan warga yang lebih bersopan-santun dan bertatasusila," tulisnya dalam sebuah perkongsian di laman facebook.

Zulkifli turut menunjukkan sebuah buku lama subjek tatarakyat yang pernah diterbitkan di negara ini.

Buku yang dikongsikan itu bertajuk Tatara'yat ada-lah kera'ayatan yang baik ditulis bersama oleh C Michael dan T Daniel untuk kegunaan pelajar tingkatan satu. Ia diterjemah oleh C Campbell dan Pustaka Bersatu yang beralamat di Lebuh Carnarvon, George Town di Pulau Pinang menjadi penerbitnya.

No Image Caption

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Zulkifli bersetuju dengan pendapat beliau untuk kembalikan semula mata pelajaran yang dapat membentuk semula adab anak-anak masa kini.

"Walaupun nampak tak penting dalam pelajaran tetapi ia penting dalam kehidupan seharian. Saya sangat setuju jika dihidupkan dalam sukatan pelajaran."

"Saya setuju sebab generasi sekarang baik yang berstatus tinggi atau rendah, berlagak tidak bertempat. Tidak menghormati orang baik tua atau muda, sivik jauh ketepi. Sepatutnya dari tadika lagi di ajar,melentur buluh dari rebung. Pagi-pagi seminggu sekali berbaris dan menyanyi Negaraku dan lagu Negeri di terapkan pada semua peringkat dan juga bacaan doa. Jadikan rakyat Malaysia yang berakhlak."

"Setuju, zaman sekolah kami dulu sekolah St Nicholas Convent Alor Star ada satu subjek sivik. Ini diajar adab dalam berbagai hal harian, hormat orang, cara cakap sopan santun dengan semua orang menggunakan bahasa yang baik dan lain-lain. Sebab itu bila kita tengok kelakuan yang pelik-pelik boleh di kaitkan dengan tiada pemikiran sivik yang selalu orang cakap la. Pendidikan pertama dari rumah cara orang tua-tua kita dulu didik anak-anak cukup tertib. Lepas itu pendidikan di sekolah pula dan seterusnya. Pendapat masing-masing tidak sama kan."

Untuk rekod mata pelajaran tatarakyat sebelum ini diajar di sekolah-sekolah di Malaysia sekitar 1970-an atau 1980-an.

Subjek itu kemudiannya diperkenalkan semula sebagai subjek sivik yang mengetengahkan ilmu kenegaraan, sejarah ringkas, adab, budaya silang bangsa dan penekanan terhadap prinsip Rukun Negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang