Amuk pelajar dipotong rambut, rupanya bapa mahu ikut hukum qisas anak guru. 'Tapi dia gunting kasar...'

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini tular video memaparkan seorang bapa 'mengamuk' dan menengking susulan anaknya dipotong rambut oleh guru disiplin.

Bersungguh-sungguh meminta guru berkenaan memanggil anaknya, menurut saksi kejadian mengatakan yang bapa kepada pelajar yang dipotong rambut menengking dan mahu mengikut hukum qisas dengan melakukan hal sama ke atas anak guru tersebut.

Bagaimanapun pengguna Facebook berkenaan memberitahu hasil potongan rambut dibuat bapa pelajar agak buruk berbanding yang dilakukan guru berkenaan.

Baca juga: 'Rambut panjang tak masuk neraka...' Netizen bengang, bapa biadap serang guru disiplin kerana potong rambut anak

No Image Caption

Penyanyi nasyid, Furqan Fawwaz, 26, yang mengaku sebagai saksi kejadian berkata, beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana bapa pelajar tersebut mahu mengadili dan melakukan sendiri hukuman berkenaan.

No Image Caption

Kongsinya lagi, kejadian tersebut telah memberi kesan yang cukup mendalam buat guru tersebut serta ahli keluarganya.

No Image Caption

No Image Caption

Warga maya meluahkan rasa terkejut dan geram dengan apa yang dilakukan bapa berkenaan dan mencadangkan guru berkenaan mengambil tindakan undang-undang termasuk pempengaruh, Cikgu Fadli.

Berikut antara komen yang diutarakan oleh warganet:

"Serius lelaki itu pergi potong rambut anak ustaz tu pula rupanya. qisas katanya.

"Harap ustaz tu buat report polis la. Abang long, ayahanda kawasan situ, pergi la cari laki tu tegur sikit. Biar ada adab dengan ustaz.

"Melampau sangat perangai," kongsinya.

Rata-rata mahu keadilan buat guru berkenaan. Ujar mereka:

"Digalakkan pihak sekolah buat laporan polis."

"Tolong report polis. Bapa ini telah bertindak melampaui batas di dalam kompaun yang dia tidak berhak berbuat demikian."

"Saya doakan anak ustaz reda dengan apa yang berlaku dan kuat terima takdir. Walaupun saya rasa pelik kenapa pihak madrasah biarkan anak ustaz terlibat sama, panjang jugakah rambutnya? Atau mungkin pihak madrasah ada pertimbangan sendiri. Harap anak ustaz masa tu ada diberikan support dan kefahaman sebelum dia dijumpakan dgn si manusia baran."

Baca juga: 'Hari-hari tanya homework, siapa datang sekolah sebenarnya?' Luahan guru tular, warganet setuju jangan manjakan anak

KONGSI VIDEO SUPAYA HORMAT GURU

No Image Caption

Bertindak memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian amuk berkenaan ke laman sosialnya, Furqan Fawwaz berkata, ia bertujuan untuk agar masyarakat menghormati guru tanpa mengira pendidik itu dari sekolah kerajaan atau swasta.

"Sejujurnya, saya muat naik video itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama pelajar dan ibu bapa agar menghormati guru. Anak kita dapat ilmu daripada guru.

"Berdasarkan insiden itu, apa boleh dikatakan adalah semua masalah boleh diselesaikan tanpa membabitkan emosi. Kalau guna emosi, memang akan kalah teruk. Percayalah, kemenangan akan berpihak kepada yang tenang.

"Guru disiplin memang kena disiplinkan pelajar. Mana-mana guru pun tidak dapat untung apa-apa. Memang niat (guru) mahu mendidik," katanya kepada sebuah portal berita.

Beliau yang sudah memadamkan video berkenaan memuat naik video itu dibuat atas kesedaran dan tanggungjawabnya sendiri tanpa membabitkan mana-mana pihak sekolah.

Terdahulu, bapa berkenaan telah ke sekolah menengking guru berkenaan selepas pihak sekolah memotong rambut anak lelakinya.

Menerusi rakaman CCTV, lelaki berkenaan juga menyebut 'rambut panjang tak masuk neraka' dan meminta guru berkenaan memanggil anaknya.

Sumber: Mohd Fadli Salleh, Harian Metro

;

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang