Gandingan istirahat minda dan keseronokan anak-anak, ini resort terbaik di Batu Ferringhi untuk percutian lengkap sekeluarga

No Image Caption
A
A
A

SEBAIK sahaja mata dibuka pada pagi hari, pandangan terus disajikan dengan keindahan hamparan laut biru, diiringi deruan angin sepoi-sepoi bahasa dan lambaian pepohon hijau yang menenangkan serta mendamaikan jiwa.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari port percutian keluarga untuk berehat seketika daripada hiruk-pikuk kota, keseimbangan antara ketenangan alam dan keseronokan seisi keluarga pastinya menjadi keutamaan.

Terletak indah di pesisir Pantai Batu Ferringhi, PARKROYAL Penang Resort menterjemahkan definisi 'syurga' tropika yang sebenar untuk seisi keluarga.

No Image Caption

Sebaik sahaja kenderaan melepasi pintu masuk, tetamu akan terus dihidangkan dengan panorama laut yang luas terbentang, satu transformasi landskap yang sengaja dirancang bagi memberikan aura percutian serta-merta kepada korang sekeluarga.

Beroperasi sejak September 1990, resort lima bintang ini menawarkan 310 pilihan bilik dan suite yang selesa, merangkumi Superior Room, Deluxe Room, Premier Seaview Room, Premier Family Room, Lanai Suite, sehingga Garden Suite 2 Bedroom. Tetamu boleh memilih penginapan yang paling sesuai sama ada untuk percutian romantik berdua, percutian keluarga kecil, mahupun percutian bersama rombongan keluarga besar.

No Image Caption

No Image Caption

Selesai melalui fasa transformasi besar-besaran, resort ini tampil lebih segar hasil penambahbaikan pelbagai fasiliti moden demi keselesaan tetamu. Menurut Pengurus Besar, Edward Kollmer, resort ini menikmati keseimbangan yang baik antara pelancong tempatan dan antarabangsa, yang terus menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan sepanjang tahun. Selain menjadi pilihan utama untuk percutian keluarga, resort ini juga sering menjadi lokasi penganjuran acara korporat, persidangan dan aktiviti pasukan (team building).

No Image Caption

Aura gaya hidup santai mula dirasai sebaik sahaja tetamu melangkah masuk ke lobi resort dengan reka bentuk lobi terbuka yang terus menghadap pemandangan pantai serta akses terus ke kawasan pesisir.

"Keistimewaan ini menjadi daya tarikan utama bagi keluarga Malaysia yang mencari destinasi 'staycation' yang menggabungkan keharmonian, istirahat berkualiti, interaksi bersama alam semula jadi serta pengalaman menyelami budaya tempatan," ujarnya lagi

Keindahan landskap hijau di sini bukan sekadar tarikan mata, malah pernah diiktiraf apabila dinobatkan sebagai juara kebangsaan dalam Pertandingan Landskap anjuran Jabatan Landskap Negara dan menerima pengiktirafan hijau antarabangsa daripada Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC).

Bagi melengkapi pengalaman percutian, tetamu digalakkan untuk menyertai jelajah alam semula jadi bersama pemandu resort, Encik Fauzi Yakob, bagi meneroka dan mengenali spesies burung, kehidupan hutan, serta peranan tumbuhan pesisir pantai dalam memelihara keseimbangan ekosistem.

No Image Caption

Malah, pihak resort komited dalam usaha memelihara khazanah alam semula jadi dengan mendapatkan khidmat pakar arboris bagi menjalankan pemeriksaan berkala ke atas 38 pokok hujan ikonik yang menghiasi kawasan resort, sekali gus memastikan keindahan alam semula jadi dan suasana yang mempesona terus terpelihara untuk dinikmati oleh para tetamu.

Bagi anak-anak kecil terutamanya yang berumur antara tiga hingga sembilan tahun, dunia kegembiraan mereka pastinya tertumpu di Amazonia Kids’ Club dan taman permainan air Amazonia Splash.

No Image Caption

Dengan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan, tidak menghairankan apabila PARKROYAL Penang Resort dinobatkan sebagai Malaysia's Leading Family Resort 2025 dalam anugerah World Travel Awards, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi peranginan keluarga terunggul.

Menjelang lewat petang, suasana bertukar menjadi begitu romantis apabila para tetamu berkumpul untuk menyaksikan detik matahari terbenam. Keadaan menjadi sangat memukau apabila langit dihiasi warna jingga keemasan yang lembut, sementara sinaran senja yang semakin redup mencipta panorama indah yang sukar dilupakan.

No Image Caption

Bercuti di Pulau Pinang tidak akan lengkap tanpa merasai kepelbagaian sajian yang menjadi kebanggaan negeri ini. Antara yang wajib dicuba ialah char kuetiau di Cinnamon Asian Kitchen yang memikat dengan aroma dan rasa smoky yang autentik, di samping hidangan Itali asli di Gustoso Restaurant yang melengkapkan pengalaman gastronomi penuh kenikmatan.

No Image Caption

Selain menjadi destinasi pilihan untuk percutian keluarga, PARKROYAL Penang Resort turut menyerlah sebagai lokasi ideal bagi penganjuran acara korporat, majlis perkahwinan pelbagai budaya yang eksklusif, serta pelbagai program sosial dan aktiviti pembinaan pasukan (team building) dalam suasana resort tepi pantai.

Menampilkan reka bentuk moden dan elegan, resort ini dilengkapi dengan Andaman Grand Ballroom serta tujuh bilik mesyuarat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan acara korporat dan sosial. Dilengkapi dengan teknologi audio visual terkini termasuk skrin LED terbesar di Batu Feringgi, setiap acara dapat berlangsung dengan lebih lancar dan berimpak tinggi. Kebanyakan bilik mesyuarat direka dengan pencahayaan semula jadi, sekali gus mewujudkan suasana yang selesa dan menyegarkan.

No Image Caption

Bagi majlis perkahwinan dan acara luar, buaian yang terletak indah di taman resort menjadi latar belakang ideal untuk sesi fotografi, menambahkan sentuhan romantis serta mencipta kenangan indah yang kekal abadi.

Bukti kepada kecemerlangan tersebut, resort ini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menerima anugerah Malaysia Best Incentive Hotel 2025 serta Asia’s Best Corporate Retreat Hotel 2025 oleh World MICE Awards.

Bagi menyokong segmen korporat, kempen global Every Meeting Matters menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif termasuk diskaun master bill untuk acara seterusnya, naik taraf bilik dan suite secara percuma dan ganjaran mata penumpuan berganda.

No Image Caption

No Image Caption

Dengan kemudahan bertaraf dunia, layanan mesra serta komitmen terhadap kelestarian, PARKROYAL Penang Resort terus membawa nama Pulau Pinang ke peringkat antarabangsa, menawarkan pengalaman acara dan percutian yang bukan sahaja berkelas tinggi, tetapi juga berakar pada budaya dan keindahan tempatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang