Bermula misi berbasikal Amar Bahrin ke Tanah Suci, Amyra tidak tahan sebak!. 'Ini pertama kali berjauhan'
SEMALAM, telah bermulanya misi berbasikal ke Tanah Suci pelakon, Amar Bahrin bersama rakannya, pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Akui isteri kepada Amar Bahrin yang juga pelakon dan pengacara, Amyra Rosli gagal menahan rasa sebak ketika memberi ucapan untuk suaminya kerana pertama kali berjauhan dengan suami untuk tempoh yang lama.
Walau bagaimanapun, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, tetap mendoakan perjalanan suaminya dipermudahkan hingga tiba di Mekah.

"Ini pertama kali saya akan berjauhan dengan suami untuk tempoh yang lama. Saya tidak patut berucap sekarang ini kerana emosi sedikit bercelaru.
"Apa pun saya mendoakan suami dan rakannya dalam misi ini sebagai musafir agar mereka sentiasa dilindungi-Nya.
"Sama-sama kita semua doakan mereka, semoga ALLAH lindung mereka bermula hari bertolak sampai ke destinasi yang ingin dituju," katanya dalam perkongsian di Instagram arenamalaysia.asia.

Terdahulu, Amar memaklumkan terpaksa menukar laluan perjalanan bagi misi berbasikal ke Tanah Suci susulan konflik yang sedang berlaku di sempadan Pakistan dan India ketika ini.
Menurut pemilik nama lengkap Amar Mohd Baharin, keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan selain menyifatkan ada hikmah atas apa yang terjadi.
Amar dan Muqharabbin telah memulakan kayuhan mereka dari Perlis sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi. Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
