‘Macam makanan kucing’ - Lelaki kecewa dapat chicken grill lapan ketul saiz kecil untuk harga RM5
TIDAK dapat dinafikan bahawa harga, rasa dan kebersihan makanan sentiasa menjadi faktor utama yang dipertimbangkan pelanggan ketika membeli makanan dari restoran.
Malah, ada juga yang sanggup membayar lebih mahal asalkan hidagan yang diterima sedap dan sepadan dengan saiz serta kualiti.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan pengalaman seorang pelanggan yang meluahkan rasa kecewa selepas makanan yang dipesan secara dalam talian dari sebuah restoran di Selangor tidak seperti yang diharapkan.
Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok, @maemek_, lelaki itu menunjukkan dua jenis makanan yang dipesan iaitu Spageti Carbonara Cendawan berharga RM17.30 manakala Aglio E Olio pula RM16.30.

Kedua-dua makanan itu turut ditambah dengan pilihan ayam grill sebanyak lapan ketul berharga RM5 bagi setiap hidangan menjadikan jumlah keseluruhan pesanan RM43.60.
Namun, sebaik menerima pesanan, dia kecewa kerana ayam grill itu hanya bersaiz kecil yang diibaratkan sebesar pemadam dan menganggap tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.
“Agak-agak la, ye pun kau nak niaga macam ni jual ayam RM5 dapat macam ni.
“Lain kali boleh letak gambar kot untuk orang tak salah faham. Kalau aku tahu macam ni, tak ada la aku nak membazir add-on,” luahnya dalam video tersebut.

Dalam video lain, pelanggan itu menjelaskan bahawa makanan daripada restoran terbabit hanya boleh dipesan melalui dalam talian dan tidak menyediakan ‘dine-in’.
Dia juga mengingatkan netizen agar tidak menyerang atau memboikot restoran yang tidak terlibat secara langsung.
“Guys, jangan salah attack kedai. Kesian orang tak bersalah kena boikot. Pasta yang saya beli hanya ada dalam apps sahaja tak silap saya.
“Sebab sebelum ini memang ada pergi sana untuk makan tapi staff sana cakap dia ada dalam apps saja. Tak tahu pulak kalini terkono geng,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan saiz ayam grill yang diberikan, malah ada yang menyamakan saiznya seperti snek makanan kucing.
Mereka juga berpendapat hidangan seperti itu tidak wajar dijual berasingan memandangkan saiznya yang terlalu kecil.
“Bang, kenapa ayam cube tu nampak macam makanan kucing.
“Ayam kalau saiz macam tu sepatutnya memang da kena letak dalam spageti, takkan jual kosong tak ada isi, ayam pun kena add-on. Saya meninaga juga walaupun tak jual pasta. Memang pricey harga macam ni.
“Report ke KPDNKK terus, bagi video ni. Melampau sangat,” tulis netizen di ruangan komen.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
