Marah anak gagal lima subjek peperiksaan, ibu tik@m darah daging sendiri hingga mati

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, gara-gara keputusan peperiksaan, seorang ibu sanggup menamatkan riwayat anak kandungnya sendiri.

Kejadian tragis itu menimpa seorang remaja di India dikenali sebagai Sahiti Shivapriya, 17, selepas mangsa berbohong tentang keputusan ujian di sekolah sehingga menyebabkan ibunya, Bhimaneni Padmini Rani, naik angin apabila mengetahui perkara sebenar.

"Pada mulanya, Sahiti mendakwa dia memperoleh markah 95 peratus dalam program pendidikan prakuliah. Tetapi ibunya tidak percaya dan bertindak menghubungi rakannya untuk mengesahkan keputusan itu," lapor media tempatan.

No Image Caption



Bhimaneni yang berang bertindak mengambil pisau dapur lalu menikam anaknya selepas mendapat tahu bahawa anaknya itu gagal dalam lima subjek dalam peperiksaan tersebut.

"Dia berasa sangat malu kerana menganggap Sahiti sebagai anak kebanggaan keluarga. Dia turut mencanangkan kepada semua orang bahawa anaknya akan melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat (AS)," ujar jurucakap pihak berkuasa.

Selepas membunuh anaknya, Rani cuba membunuh diri namun berjaya diselamatkan dan diberikan rawatan.

Akibat perbuatannya, wanita itu telah ditahan pihak berkuasa dan didakwa. – Agensi



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang