Pelajar Tingkatan 1 mengadu tak tahan dibuli, habiskan RM14 sehari beli dan masak makan malam senior

No Image Caption
A
A
A

HATI ibu mana tidak keruan apabila mendengar luahan anak lelakinya menjadi mangsa buli rakan-rakan senior di sekolah berasrama penuh.

Hampir setiap malam, anak yang baharu menjejak kaki ke tingkatan satu itu terpaksa menghabiskan wang saku pemberian keluarga hanya untuk memenuhi permintaan abang-abang tingkatan lima.

Menerusi perkongsian di Threads, ibu yang dikenali sebagai iqa.schamemey mendakwa, anak lelakinya itu dipaksa untuk membeli dan memasak mi segera dari jenama terkenal korea.

"Malam tadi anak lelaki saya mengadu dekat asrama sudah tidak tahan dibuli oleh senior pelajar tingkatan lima dan anak saya pula tingkatan satu.

"Cara pelajar senior itu membuli anak saya dengan memanggilnya ke bilik untuk masakkan mi segera setiap hari.

"Senior itu minta maggi Korea samyang sampai dua bungkus yang berharga RM6 hingga ke RM7 yang dibeli menggunakan duit anak saya sendiri. Bukan pakai duit dia tapi pakai duit anak saya," tulisnya.

Luah wanita itu lagi, mangsa kini dipercayai mengalami tekanan yang melampau susulan daripada kejadian buli itu.

Pelajar berkenaan mendakwa dirinya akan dipukul jika tidak menyediakan permintaan 'abang-abang' di sekolahnya.

Lebih parah lagi, anaknya mendiamkan diri dan tidak mahu melaporkan kejadian itu kerana takut akan menjadi mangsa pukul jika aktiviti buli itu terbongkar.

"Mental anak saya didera sampai takut kalau tak sediakan mi segera untuk senior itu, bimbang kena pukul.

"Anak saya mengadu sambil mohon pada saya jangan beritahu warden atau cikgu sebab dia risau jika sampai ke pengetahuan senior ini, bakal mengundang kemarahan senior itu.

"Saya hantar anak saya ke sekolah berasrama penuh untuk menuntut ilmu bukan untuk dijadikan mangsa buli. Apa perlu saya buat untuk bantu anak saya?" tanya sang ibu itu menerusi perkongsiannya.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang