'Sudah minta maaf, tak ulangi lagi...' Polis Indonesia sahkan kehilangan pempengaruh Malaysia di Bandung lakonan, ini kronologinya
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/07/thumbs/900x900/2997450.jpg)
HEBOH di kedua-dua buah negara tentang seorang personaliti yang dikenali sebagai Eyka, 22, dilaporkan hilang di sebuah hutan di Bandung, Indonesia.
Khabarnya sudah ditemui semalam selepas hilang selama dua hari.
Sementara itu, dua pempengaruh tempatan yang juga rakan wanita tersebut, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia didakwa hanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
Bagaimana dakwaan itu terjadi? Berikut adalah kronologi kehilangan yang menimbulkan keraguan dan tanda tanya:
1-Ammar Nazhan yang mengetuai aktiviti tersebut dilaporkan menyedari kehilangan Eyka atau nama sebenarnya Nur Syafiqah pada jam 2 pagi ketika berada di dalam hutan.
2-Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/07/2997448.jpg)
3-Kehilangan Eyka disedari sekitar pukul 2 pagi Isnin. “Hanya dia seorang sahaja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu,” kata Ammar.
4-Ammar memaklumkan laporan polis telah dibuat selepas 48 jam.
5-Usaha mencari dilakukan oleh penduduk kampung, pihak polis dan tentera.
6-Ammar juga mendedahkan beliau telah memaklumkan kehilangan Eyka kepada keluarga wanita itu di Malaysia dan menasihatkan mereka untuk tidak mengambil sebarang langkah yang terburu-buru.
7-Selepas tiga hari tanpa jejak, pada jam 10 malam Rabu, Eyka dijumpai terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
8-Penyanyi rap, Caprice mendakwa kehilangan wanita itu adalah palsu.
9- Beliau menerusi Instagramnya pada Khamis berkata, konten yang dibuat oleh ‘talent agency’ atau agensi yang menguruskan beberapa pelakon terlibat dalam aktiviti tersebut adalah rekaan semata-mata.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/07/2997449.jpg)
'Jelas, palsu...talent agency yang ada uruskan beberapa pelakon dalam video itu confirm kan, ia palsu...Sudah lah tidak dapat bayaran? Betul lah orang lama selalu kata, ‘bodoh’ adalah percuma. Tetapi jangan lah sampai borong semua' - Caprice
10-Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, menegaskan kejadian yang berlaku di kediaman yang dihuni adalah benar dan tiada unsur kepalsuan, membuatkan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain.
11- Katanya beliau kini fokus kepada kesihatan Eyka yang agak murung selepas kejadian ini. Beliau juga menasihatkan agar menjaga sensitiviti untuk bercakap dengan Eyka dan keluarga pempengaruh itu.
12-Beliau juga mengakui perkara berkenaan boleh menjadi fitnah dan memohon maaf jika menimbulkan salah faham.
13-Polis Indonesia mengesahkan siasatan mendapati kisah kehilangan Eyka adalah cerita palsu.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/07/2997451.jpg)
14-Menurut Kapolsek Panyileukan, Kompol Kurnia, keterangan Ammar dan Aras menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi 'pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal'.
15-Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.
16-Katanya, kedua-dua pempengaruh itu perlu tahu bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.
17-Tidak hanya itu, kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.
18-Menurutnya, pempengaruh tersebut telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Tidak semua perkara boleh dijadikan kandungan media sosial, apatah lagi jika membabitkan pihak berkuasa negara jiran. Moga ada penjelasan dan harap berfikir dengan matang sebelum melakukannya.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang