7 jam ditahan pendarahan teruk lahir kembar 3, wanita terharu hadiah wang tunai daripada suami. 'Moga lebih erat cinta kita'

No Image Caption
A
A
A

No Image Caption

WANITA pernah tular setia dan cekal menjaga suami terlantar hingga diceraikan, usahawan Siti Rohayu Ibrahim atau lebih dikenali Umy Ayu kini semakin bahagia.

Bertemu jodoh baharu iaitu Faiz Fauzi pada Mac 2023, kini pemilik perniagaan produk kesihatan dan kosmetik itu menyambut kelahiran cahaya mata kembar tiga.

Selamat melahirkan dua bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang masing-masing seberat 1.11 kilogram (kg), 1.18kg dan 1.19kg pada 22 Januari lalu, Umy Ayu berkongsi perasaan terharu menerima kejutan daripada suami tersayang berupa wang tunai yang digubah indah.

No Image Caption

"Syukur Alhamdulillah, tidak sangka akan mendapat hadiah daripada suami.

"Patutlah beriya-iya ambil bilik dekat Wad Korporat, rupanya hendak sampaikan hadiah ini. Tapi keadaan Umy tidak berapa baik setelah keluar dari bilik bedah.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Diasingkan dan dijaga rapi selama 48 jam. Terharu, sedih dan sebak semua ada, tambahan pula triplets semua dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kini.

"Semoga triplets kuat berjuang. Abang Long dan Kak Ngah sungguh kuat. Abang Chik (bongsu) baru sahaja ada kuman dan semalam Umy pergi melawat pun tak boleh sentuh dia," kongsinya.

Dalam pada itu, Umy Ayu juga berasa bertuah dan tersentuh dengan sikap suaminya yang sangat menghargai.

No Image Caption

Ujarnya, Faiz seorang bapa bertanggungjawab dan penyayang biarpun kepada anak-anak tiri.

"Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih suami sentiasa bagi kata-kata semangat dan 'meratukan' isteri. Terima kasih sentiasa mendahulukan isteri dan anak-anak. ALLAH berikan rezeki anak kembar tiga sebab DIA tahu abi (Faiz) mampu menjaga kami semua.

"Suami yang cukup baik dan bertanggungjawab. Maafkan Umy sebab tidak mampu lagi melahirkan zuriatmu.

"Semoga kita saling melengkapi. Semoga dengan kehadiran lima orang cahaya mata lebih erat cinta kita.

"Semoga perkahwinan kita diredai oleh ALLAH, bercinta sampai syurga. Terima kasih semua yang mana mendoakan," titipnya.

Terdahulu, Umy Ayu yang melahirkan bayi kembar tiganya pada usia kandungan 28 minggu menerusi pembedahan Caesarean selepas doktor mendapati rahimnya semakin menipis dan tidak lagi dapat menampung pembesaran si kembar.

Namun dek kerana komplikasi, ibu hebat itu mengalami pendarahan dan hanya dibenarkan keluar daripada dewan pembedahan tujuh jam selepas bersalin.

No Image Caption

"Masuk bilik bedah 10 pagi, keluar 5 petang kerana hilang banyak darah.

"Dua pek darah dimasukkan tetap Siti Rohayu masuk bleeding lagi dan masih dalam pemantauan doktor.

"Saya minta semua doakan beliau selamat," titip rakannya, pengguna TikTok Mummy 90 Beauty.

No Image Caption

Menerusi TikTok, Umy Ayu turut meluahkan kesyukuran atas kurniaan cahaya mata yang menggembirkan suami.

Malah menurutnya, beliau juga telah menjalani prosedur mengikat salur peranakan atauBilateral Tubal Ligation (BTL).

"Keluar dengan selamat 48 jam selepas betul-betul stabil. Suami orang paling bahagia.

"Menangis bila tengok triplets, macam tak percaya sekarang sudah ada lima orang anak.

"Untuk terakhir kali, maafkanku tidak bisa melahirkan zuriatmu lagi," kongsinya.

Warganet menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar si kecil yang masih pramatang membesar dengan baik serta segera dibenarkan pulang ke rumah.

"Alhamdulillah, rezeki terus dapat tiga orang terus lelaki dan perempuan. Tumpang gembira dapat baby kembar."

"Tahniah Umy Ayu dan suami. Awak adalah wanita yang hebat. Selepas hujan ALLAH hadirkan mentari."

"Moga Umy cepat sihat dan triplet membesar cepat. Jangan risau saya juga ada bayi pramatang lahir minggu ke-29. Doakan mereka baik-baik dan sihat-sihat sahaja."

Imbas kembali, Umy Ayu pernah menyentuh hati warga maya selepas terpaksa berpisah dengan bekas suami pertamanya selepas beliau menjaga dengan baik selama lima tahun.

Lelaki berkenaan yang terlantar akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2017 pernah koma hampir enam bulan.

Hasil jagaan rapi Umy Ayu, lelaki itu yang tidak mampu bertutur perlahan-lahan dapat berkomunikasi semula dan berjalan selepas kemalangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang