Tahanan wanita sempat ziarah, kucup dahi jenazah suami buat kali terakhir undang pilu. 'Perjumpaan singkat, tapi penuh bermakna'

No Image Caption
A
A
A

BERADA di balik tembok besi, siang berganti malam seakan tidak terlihat apabila hanya menghitung hari menanti detik kebebasan yang masih berbaki.

Namun, kehilangan insan tersayang saat diri masih terkurung pastinya mengundang pilu yang sukar digambarkan, menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baru-baru ini, seorang tahanan wanita diberi peluang untuk melawat jenazah arwah suaminya buat kali terakhir di Kampung Sundang, Sandakan pada Isnin.

Wanita berkenaan dilihat mengenakan baju berwarna kuning mustard menghampiri jenazah sebelum mengucup dahi insan tersayang sebagai tanda penghormatan terakhir.

Bagaimanapun,pihak polis tidak mendedahkan punca kematian suaminya, yang merupakan penduduk tempatan di daerah tersebut.

Warga asing berusia 60 tahun itu sebelum ini ditahan ketika cuba memasuki perairan negara secara haram melalui Pulau Taganak kira-kira jam 10.20 malam pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai turut memuji tindakan pihak polis kerana bersikap berperikemanusiaan dengan memberi peluang kepada wanita tersebut menziarahi suaminya buat kali terakhir.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah memaklumkan, setiap tahanan perlu dilayan sama rata tanpa mengabaikan hak asasi individu.

"Siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan pada masa sama rukun negara keempat iaitu kedaulatan undang-undang dan hak asasi sentiasa dipatuhi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi penguatkuasaan yang profesional," katanya.

Walaupun kunjungan terakhir itu mungkin sekejap, namun pastinya cukup bermakna bagi seorang isteri yang kehilangan tempat bergantung.

Al-Fatihah buat keluarga mangsa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang