Tragis! Empat jam hilang akhirnya wanita ini dijumpai mati dengan kesan jerutan di leher

No Image Caption
A
A
A

MISTERI kehilangan seorang wanita di Indera Mahkota,Kuantan akhirnya terjawab apabila ditemui terbaring kaku di kediamannya selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Mangsa yang dikenali sebagai Juni dilaporkan hilang pada Rabu lalu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan jerutan pada leher wanita berkenaan.

Juni yang berusia 28 tahun itu ditemui ibu mentuanya kira-kira jam 7.30 petang iaitu empat jam selepas bapa mangsa melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga menyedari kehilangan anak ketiganya itu selepas mangsa gagal dihubungi.

Menurut bapanya lagi, kali terakhir mereka berkomunikasi melalui pesanan WhatsApp pada jam 8.30 pagi pada hari yang sama.

Berita kehilangan tersebut turut tular di Facebook dengan menyatakan mangsa dikesan kali terkakhir di Lorong IM 21/4, Kuantan,Pahang pada jam 9.30 pagi pada hari kehilangannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisionar Wan Mohd Zahari Wan Busu turut memaklumkan bahawa mangsa dipercayai tingal bersama suami yang merupakan warga China, anak lelaki berusia tiga tahun dan adik ipar perempuannya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Susulan penemuan mayat wanita berkenaan, polis turut menahan empat ahli keluarga termasuk suami, bapa, bapa dan ibu mentuanya yang masing-masing berusia antara 27 hingga 62 tahun bagi siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanan Keseksaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang