SETIAP orang mengimpikan bentuk badan yang cantik dan sihat. Namun impian itu hanya menjadi angan-angan kosong tanpa sebarang usaha dan komitmen terutamanya dari segi senamam dan diet pemakanan yang sihat.

Tambahan pula ramai yang berbadan besar di luar sana akui bukan mudah untuk kurus dan perlukan disiplin yang sangat tinggi. Tapi sebenarnya ia tidak mustahil asalkan mempunyai keazaman untuk memiliki bentuk badan idaman.

Selain melakukan senaman yang kerap sebenarnya tanpa korang sedari, penurunan berat badan dan memiliki fizikal yang normal juga boleh dicapai dengan hanya mengamalkan 5 langkah mudah ini.

Tak percaya? Jom SinarPlus kongsikan. Antaranya adalah seperti :

1. Kerap bergerak

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Anda haruslah memastikan badan anda sentiasa bergerak untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

Bagi yang bekerja di pejabat, lakukan sedikit aktiviti seperti berjalan dan sebagainya supaya otot badan sentiasa bergerak dan aktif.

2. Tidur awal

Jawatan jurutidur profesional terbaik di Malaysia dikendaki dengan tawaran gaji RM3,000!

Korang tidak digalakan untuk berjaga sepanjang malam setelah seharian penat bekerja.

Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam pada hari dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Selain itu, masa tidur yang tidak menentu mampu mendatangkan kemudaratan. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan kesihatan

Tak susah cari makanan halal di Korea, ini caranya!

Jika korang bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Sekiranya korang bukanlah pengemar makanan yang berkhasiat seperti sayur, kacang dan buah-buahan, boleh cuba mengantikannya dengan pengambilan makanan kesihatan atau supplement.

Iklan

Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Makan lebih sayuran, kurangkan daging merah, kopi, gula dan garam

Buah ceri antara makanan yang boleh diambil untuk mencegah gout

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran yang terbukti mengandungi pelbagai khasiat.

Andai mahukan badan yang sihat, kenapa perlu makan makanan yang memudaratkan. Tiada fungsi korang telan pelbagai jenis ubat, jika amalan pemakanan tidak sihat.

Dengan pengambilan makanan yang sihat, korang juga mampu mengurangkan risiko masalah kesihtan dan penyakit.

Iklan

5. Jangan tinggalkan makan pagi

Korang boleh turun berat badan tanpa bersenam, tapi kena ikut 5 cara ini!

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.

Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan yang tidak konsisten.

Ini akan menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak dan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

Selamat mencuba dan semoga kurus guys!