Sedapnya laksam terasa ikannya, ini resipi mudah first time buat pun confirm jadi

LAKSAM sinonim dengan negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan Darul Naim. Adunan tepung beras bersama air dikukus dan dipotong dalam bentuk gulungan kemudian dihidangkan dengan kuah ikan berlemak.

Ditambah pula dengan ulam-ulaman dan sambal, rasanya memang padu!

Bagi peminat laksam, ada pelbagai penanda aras bagi laksam yang sedap. Sesetengahnya sukakan kuah laksam yang pekat dan wujud juga penggemar laksam yang dikukus nipis.

Apa kata pada musim raya ini anda cuba buat sendiri laksam untuk dijamu kepada keluarga.

Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Resipi dikongsikan Tia Rizz sangat mudah, newbie pun boleh buat! Buktinya beliau sendiri baru pertama kali menyediakan laksam dan berjaya. Berikut adalah resipinya:

“Alhamdulillah laksam menjadi. cantik, putih DAN licin gitu,” kongsinya.

LAKSAM

(Adunan ini menghasilkan 10 batang laksam)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1-Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga adunan tidak berketul. Lepas kacau, tapiskan adunan.

2-Panaskan pengukus dan letakkan tudung periuk di dalam kukusan beserta dengan olesan sedikit minyak masak pada permukaannya.

Tia menggunakan pinggan kanak-kanak ini untuk mengukus laksam.

3-Apabila kukusan panas, tuangkan kira-kira dua senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak.

4-Adunan akan masak dalam masa dua hingga tiga minit.

5-Angkat dan biarkan seketika barulah gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis.

Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Baca juga: 4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit, masa

KUAH LAKSAM

5 atau 6 ekor ikan kembung saiz sederhana
400 gram santan kotak M&S
3 sudu kecil setengah lada hitam
1/2 hungga 2 sudu besa gula
3 ulas bawwng putih
4 biji bawang merah
Serbuk perasa jika perlu
Garam secukupnya
Air secukupnya (kira-kira 2 cawan)

Cara penyediaan:

1-Rebus ikan bersama asam keping dan garam.

2-Kemudian asingkan isi ikan dan buang tulangnya. Kisar isi ikan bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.

3-Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga mendidih. Siap.

Iklan

Baca juga: Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker, jimatkan masa

Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

ULAM LAKSAM

Kacang panjang – hiris
Bunga kantan – hiris
Daun kesum – hiris
Kobis – hiris
Timun batang – cincang dan hiris
Tauge

1-Selepas dihiris, gaulkan semua ulam-ulaman

Pelengkap hidangan laksam (opsyenal)
Belacan
Garam
Sambal

SAMBAL LAKSAM

Iklan

15 biji cili padi merah
2 biji lada besar merah
Garam & gula secukupnya
Cuka
Air panas

1-Kisar cili, garam dan gula dengan pengisar kering.

2-Masukkan ke dalam mangkuk dan letak sedikit cuka serta air panas. Gaul rata, siap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ketupat cantik daun kelapa raih 1,200 share, wanita tak lokek resipi, kongsi cara balut

Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

Sumber: Tia Rizz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi