MUSIM durian masih berbaki. Sebelum ini pun dah banyak sangat ‘stok’ durian tu hingga bermacam menu dan resipi dicuba.

Makan begitu sahaja, dibuat bubur durian, masak gulai tempoyak dan sebagainya antara kebiasaan menu yang dibuat dengan raja buah itu.

Jika dah buntu tak tahu apa lagi ‘nak dikerjakan’ dengan buah durian yang masih berlambak, apa kata cuba pula buat kuih cara durian ini!

Kalau sebelum ini, kuih cara hanya menggunakan tepung biasa dengan air daun pandan atau cara berlauk misalnya, rasalah pula juadah cara dengan rasa durian ini.

Resipi Kuih Cara Durian

Bahan adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan kotak
2 biji telur ayam
3 sudu makan minyak masak
1/8 sudu teh garam
1/4 sudu teh pewarna kuning

Bahan inti:
3 ulas durian
1/8 sudu teh gula setiap kuih

Bahan masak:
4 sudu makan minyak masak
1 helai daun pandan

Bahan jus pandan:
5 helai daun pandan
1 1/2 cawan air

Langkah-langkahnya:

1. Masukkan air 1 1/2 cawan air dan daun pandan dalam pengisar. Kisar daun pandan sampai lumat dan tapis airnya.

Iklan

2. Campurkan air pandan dan bahan adunan tepung dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.

4. Panaskan acuan kuih cara. Pastikan api amat perlahan. Letakkan minyak dengan daun pandan ke dalam acuan.

Iklan

5. Masukkan adunan dalam acuan. Letakkan dalam 1/8 sudu teh gula dan isi durian. Tutup sebentar sehingga masak.

6. Cungkil dengan lidi sate dan keluarkan untuk dihidangkan.

Kredit: MaRulez Arif via cookpad.com