HomeLifestyleHampir 700 share, resipi...

Hampir 700 share, resipi kek coklat viral sukatan cawan, gerenti sedap & super moist

Hampir 700 share, resipi kek coklat viral sukatan cawan, gerenti sedap & super moist

Kek coklat memang rebutan. Kaya dengan rasa coklat dan dilitupi chocolate ganache yang tebal, siapa pun tidak akan menolak.

Lembut dan lembap, kek coklat sesuai dijadikan pencuci mulut atau menu minum petang.

Buat sendiri lebih puas hati, jom kita cuba resipi dikongsikan Mastura Razali ini. Hanya menggunakan sukatan cawan, prosesnya nanti lebih cepat dan menjimatkan masa.

Baca juga: Resipi mudah kek lapis kukus Sarawak Milo Horlick, rasa macam kat kedai, tak muak makan

Kek Coklat Moist (loyang 8 x 8 inci)

Bahan A (Ayak)
1 ¼ cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1 cawan serbuk koko [BELI DI SINI]
1 sudu kecil baking powder [BELI DI SINI]
1 sudu kecil soda bikarbonat [BELI DI SINI]
Secubit garam

Bahan B
3 biji telur gred A
1 cawan gula kastor [BELI DI SINI]
1 sudu kecil creamy vanilla/ esen vanila [BELI DI SINI]
1/2 cawan susu pekat [BELI DI SINI]
1 cawan susu cair [BELI DI SINI]
1 cawan minyak jagung/minyak masak [BELI DI SINI]

Cara penyediaan
1-Pukul telur, gula, perisa creamy vanila atau esen vanila sampai agak berbuih. Kemudian matikan mixer.
2-Masukkan susu pekat dan kacau menggunakan spatula.
3-Kemudian masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
4-Masukkan susu cair dan minyak jagung.
5-Kacai sebati semua bahan dan masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inci.
6-Bakar suhu 130 darjah Celcius selama satu jam atau bergantung kepada suhu oven masing-masing.

Baca juga: Tak perlu pakai mixer, mudahnya buat kek coklat moist jimat tanpa telur, susu & mentega

Bahan ganache
200 ml whipping cream [BELI DI SINI]
220 gram dark chocolate coin [BELI DI SINI]
1 sudu besar mentega [BELI DI SINI]

Iklan

Cara penyediaan
1-Double boil semua bahan.
2-Kemudian kemudian tuangkan ke atas kek coklat yang telah disejukkan.
3-Setkan di dalam peti sejuk selama empat hingga lima atau semalaman.

NOTA
1.Dalam bahan ayak tadi boleh masukkan satu sudu kecil serbuk Nescafe kalau suka. Bau aroma kek semerbak selepas dibakar.
2. Utk menaikkan rasa ganache boleh masukkansatu sudu kecil perisa creamy vanila semasa proses double boil.
3. Selepas keluarkan kek dari peti sejuk, biarkan pada suhu bilik sekejap kemudian baru potong kek.
4. Untuk memudahkan, guna pisau panjang yang dicelup air panas. Kemudian lap pisau dengan tisu setiap kali selepas memotong kek. Ulang langkah ini setiap kali memotong supaya kek nampak kemas.

Baca juga: Resipi apam pisang 6 bahan paling mudah, super sedap, lembut dan gebu

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Mastura Razali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis