Kuih peria berwarna-warni inti kacang merah

A
A
A

SEKALI-SEKALA makan kuih ini sedap juga. Liat-liat dek tepung pulut, ditambah pula dengan keenakan lemak manis intinya iaitu kacang merah.

Cara pembuatannya juga mudah. Sesuailah untuk dijadikan juadah minum petang atau bila-bila masa yang disukai.

Kita juga punya pilihan sama ada inti kacang merah hendak dibuat sendiri atau banyak juga stok sedia siap dijual di pasaran. Begitupun, jika bikin sendiri intinya, pasti lebih enak kan...

Kuih peria inti kacang merah

Bahan-bahan:

500gm tepung pulut

1 cawan tepung gandum

Santan cair secukupnya  |  tambah sedikit garam dalam santan

Inti kacang merah secukupnya

Pewarna makanan

Cara memasak:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.

2. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga jadi doh.

Jika mahu buat kuih berwarna, tambahkan sedikit pewarna makanan.

3. Cubit doh dan leperkan. Letak inti secukupnya dan bentukkan menjadi bentuk kuih peria.

4. Sapu sedikit minyak masak supaya kuih tidak melekat. Kemudian lorekkan corak pada kuih dengan menggunakan garpu.

5. Letak kuih ke dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan plastik atau daun pisang. Kukus kuih dengan api sederhana selama 10-15 mini.

Angkat dan sedia untuk dinikmati.

**Resepi Inti Kacang Homemade**

Bahan-bahan:

200gm kacang merah

Daun pandan secukupnya

1/2 cawan gula merah

Gula pasir ikut kesesuaian rasa

Garam secukup rasa

4 sudu makan minyak masak

2-3 sudu makan tepung gandum

Air untuk merebus kacang secukupnya

Cara memasak:

1. Rendam kacang merah semalaman. Kemudian toskan air dan cuci bersih.

2. Rebus kacang bersama daun pandan sehingga empuk.

Masukkan kacang ke dalam blender. Tambah air rebusan dan kisar halus.

3. Masukkan kacang kisar ke dalam kuali. Tambahkan juga daun pandan, gula merah, gula putih dan garam. Jumlah gula putih ikut tahap kemanisan yang disukai.

Kacau pes kacang menggunakan api sederhana hingga hampir kering.

4. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.

5. Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga kering. Tujuan guna minyak masak adalah untuk menjadikan inti kacang jadi berkilat. Inti yang dimasak hingga kering juga boleh tahan lebih lama.

Siap dan sedia untuk digunakan.

Selamat mencuba!

Kredit: dailymakan.com/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca