Kuih sagu mudah, menu tradisi tak lapuk dek zaman

A
A
A

JIKA ingin membuat kuih yang simple dan cepat lagi-lagi di bulan puasa ni, bolehlah cuba buat kuih sagu yang senang dan sedap ni.

Resipi kuih sagu berwarna merah merupakan kuih tradisi yang tak lapuk dek zaman.

Tekstur yang kenyal serta rasanya yang manis membuatkan ramai orang kita menyukai kuih sagu.

Resipinya juga agak mudah untuk dicuba, walaupun korang baharu sahaja cuba-cuba membuat kuih.

Jadi tunggu apa lagi, bolehlah korang mencuba untuk berbuka puasa esok.

Bahan-bahan;

  • 1 cawan sagu
  • 1½ cawan air
  • ½ cawan gula
  • Sedikit sirap
  • Sedikit kelapa parut
  • Secubit garam

Kuih sagu mudah, menu tradisi tak lapuk dek zaman

Cara-cara membuatnya;

1. Sagu dibersihkan dan toskan. Biarkan seketika.

2. Campur sagu, air, sedikit sirap dan gula di dalam satu bekas. Kacau sehingga gula larut.

3. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Kemudian, boleh panaskan periuk kukus.

4. Masukkan sagu ke dalam acuan lompang, lebih kurang ¾ acuan.

5. Apabila air kukusan telah mendidih masukkan periuk kukus yang telah diisi dengan sagu tadi.

Cuba juga Kerabu sare, menu ditunggu-tunggu ketika berbuka puasa di Pantai Timur

6. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sejukkan.

7. Campur kelapa parut dengan secubit garam di dalam satu bekas. Kukus selama 2 – 3 minit supaya kelapa parut lambat basi.

8. Gaulkan kuih sagu dengan kelapa parut tadi. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Hamidah HA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca