Kuih Seri Muka mudah ikut sukatan cawan, rugi tak cuba
KUIH Seri Muka adalah sejenis kuih tradisional yang amat disukai ramai.
Rasanya yang lemak manis dan lembut menjadikan ia sangat sesuai sebagai pemanis mulut.
Kuih yang biasanya berwana hijau dan putih ini juga dikenali oleh orang utara sebagai Pulut Sekaya Pandan.
Mari kita cuba buat mengikut resipi Suhailiza Zainal ini.
Bahagian A
Bahan;
- 5 cawan beras pulut
- Santan
Caranya membuatnya;
1. Masukkan santan satu aras dengan pulut dalam loyang.
2. Kukus dalam masa setengah jam.
Bahagian B
Bahan;
- 5 cawan tepung gandum
- 3 cawan gula
- 6 cawan santan
- 3 cawan air daun pandan
Cara membuatnya;
1. Campurkan semua bahan B dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
2. Tuangkan pada loyang yang berisi beras pulut yang sudah dikukus tadi.
3. Kukus adunan selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak.
4. Apabila sudah masak angkat dan sejukkan kemudian potong mengikut sesuka hati anda.
Cuba juga Resipi apam pecah tanpa telur, mudah dan elok kejadian
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang